Sunday, December 21, 2008

Bangga sehhh

Bergambar dengan MB Perak ketika bersarapan pagi di Warung Pak Ali Pasir Gudang. Beliau bersarapan dengan rakan2 selepas mengadakan kuliah subuh di salah satu surau di sini. Bangga aku dapat bergambar dgn MB. Idup PAS, idup...

Free Counters



Free Counters

Tuesday, November 18, 2008

Gugurnya Muhammad Saad Ghamidi





Sheikh Saad Al-Ghamidi adalah salah seorang Imam Besar Masjidil Haram. Aku teruja sangat apabila mendengar bacaan ayat-ayat Allah. Pertama kali aku mendengar beliau membaca surah Al-Mulk aku terus terpikat dengan bacaannya. Cari2 punya cari akhirnya barulah aku tahu orangnya. Meremang bulu roma mendengarnya.


13 nov 2008 jam 0230- Aku dikejutkan oleh isteriku dan memberitahu tentang darah yang mengalir keluar dari rahimnya. Bergegas aku ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan dan sedih mendapat berita bahawa isteriku telah keguguran ketika kandungan berusia 3 bulan. Bukan rezeki aku dan Allah maha mengetahui. Kata ustaz setiap anak yang lahir ada rezekinya yang tersendiri tapi jika tiada anak maka tiada rezeki.


Aku dan isteri sudah sepakat untuk meletakkan nama bakal anak aku yang kelima ini dengan nama orang yang aku minati iaitu Saad Ghamidi jika ia lelaki. Tapi mengikut gerak hati aku mengikut pengalaman yang lepas aku rasa anak ini lelaki. Tapi Allah menentukan segalanya. Semuga aku dan isteri dapat menerima segala ujian dengan sabar. Rezeki di tangan Allah.




Free Counters



Free Counters


Monday, November 17, 2008

Konvo OUM di PWTC







Balik dari Titan Family Day badan terasa amat letih akibat melayan kerenah anak2. Selepas maghrib bersiap untuk majlis doa selamat adik aku di KgPasir Putih dan pulang ke rumah jam 1030 mlm. Berkemas untuk ke kuala Lumpur untuk majlis Konvo OUM di PWTC esoknya. Bertolak dari JB pukul 2.30 pagi dan sampai KL pukul 0630 pagi. Pening lalat juga cari lokasi PWTC. Pusing punya pusing jumpa jugak PWTC. Maklumlah aku ni bukan biasa sangat kat KL ni. Tapi Kongkong Laut tu biasa jugak (KL jugak namanya)



Ohh kat sini rupanya PWTC bersebelahan bangunan United Malay nation Organization. Patutlah orang keris kerek semacam aje bila ada perhimpunan. Sembahyang subuh di surau bangunan UMNO lepas tu pergi toilet untuk melepas hajat. Perghhhh... Harapkan bangunan aje cantik tapi toilet sumbat macam orang2nya jugak. Luaran nampak cantik tapi dalamnya hampeh..



8 November 2008 - Majlis Konvokesyen Open University Malaysia diadakan di dewan Merdeka PWTC (Selalunya majlis perhimpunan agung UMNO diadakan). Bangga jugak aku masuk kat Dewan ini.Selalunya tengok kat TV aje tapi hari ini sendiri merasakan depan mata.



Walaupun usia baru mencecah 39 tahun, tapi aku berbangga kerana dianugerahkan oleh Allah untuk menerima segulung Diploma(Eksekutif Diploma in Occupational Safety and Health- EDOSH). Inilah hasil usaha selama lebih satu tahun setengah pergi ke kelas hujung minggu, buat assignment, baca buku untuk periksa dan macam2 lagi yang mana terpaksa korban masa antara keluarga, kerja dan belajar. Kelas diadakan di bangunan NIOSH Johor di Skudai. Dan yang paling mencabar sekali adalah pergi ke kelas selepas balik kerja malam. Apa subjek yang masuk dalam kepala aku pun tak tahu. Nasib baik ada rakan sekerja yang banyak membantu seperti Chief, Hj khamis yang sama2 mengikuti kelas ini.



Majlis konvo tersebut diadakan dalam suasana gilang gemilang siap dengan persembahan koir dan live band (ghazal aje) semasa majlis penyampaian diploma sedang berlansung. Pergh... teruja jugak aku. Biarlah apa orang lain nak kata tapi aku tetap berbangga apabila berjaya mendapatkan diploma itu walaupun terpaksa menunggu sehingga 20 tahun barulah dapat menggenggam segulung diploma aje. Bukan taraf yang menjadi ukuran tapi usaha dan istiqamah yang penting dalam sesuatu perkara. Dan untuk langkah seterusnya dan menjadi target aku selepas ini adalah.....biarlah aku tak yah cerita sebab takut tak menjadi pulak...



Akhir nya terima kasih kepada isteriku yang faham situasi aku selama satu tahun setengah dan sanggup berada di dewan Merdeka sehingga selesai majlis dan juga anak2 aku agar menjadi inspirasi kepada mereka. Dan yang paling aku adalah respect kedua ibubapaku yang sentiasa memberi motivasi kepada aku dan ini adalah hadiah kepada mereka yang sepatutnya aku dapatkan 20 tahun yang lalu

Free Counters



Free Counters


Friday, November 14, 2008

2008 Titan Family Day (Pertama dan Terakhir)









8Nov 2008 adalah Family Day untuk staff Titan. Buat pertama kalinya dalam sejarah aku kerja Titan hampir 17 tahun,family day kali inilah yang betul2 namanya FAMILY DAY. Tahun2 yang lepas family day hanyalah pada nama tapi tak family day langsung. Dan buat pertama kalinya juga aku berjaya stay kat family day sehingga majlis itu berakhir.




Family day kali ini diadakan di Danga Bay yang dahulunya dikenali sebagai Tapak Senaman,pantai Lido tempat otai2 seperti Teruna60 lepak-lepak dan skodeng. Qarat juga jadikan tempat ini sbg rumah nombor duanya. Itu dulu sekarang semua dah berubah termasuk tempat itu sendiri. Kalau bukan kerana family day tidak mungkin aku akan pergi tempat ini kerana kos terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk org berpendapatan seperti aku ini. Tempat permainan untuk kanak2 terlalu mahal. Dan askar aku berjumlah 4 orang semuanya.Boleh jadi sawan kentut aku dibuatnya. Tetapi pada family day kali ini anak2 aku melepaskan geramnya sehinggakan anak aku yang sulung hilang dan tidak dapat dikesan oleh radar selama 2 jam. Pening kepala aku dibuatnya. Kerana segala permainan tanpa limit.




Tuan tanah(James Chao) juga mengumumkan bahawa tahun depan tak de bonus sbb ekonomi gawat. Baru buat family day di Danga Bay buat pertama kali terus je annouce tak de bonus. Ini macam kalau tiap2 tahun buat family day kat danga Bay,mahu tutup terus Titan. Aku lihat kembang kuncup jugak hidung James Chao hari tu . "Abis duit aku" mungkin berdetik hatinya.




Tapi apa2 pun aku rasa family day kali ini adalah terbaik pernah dipersembahkan oleh Titan. Tahniah diucapkan kepada committe yang bertungkus lumus menjadikan ianya berjaya tapi ada sorang committe tu hanya ambil baju dan topi aje tetapi kerja langsung tak de. Dia tu memang tiap2 tahun macam tu. Sampaikan tak pernah main sepaktakraw tetapi nama ada dalam list player. Tujuan sebab nak dapat baju. Namanya dirahsiakan atas sebab2 keselamatan (CD bukan nama sebenar)

Free Counters



Free Counters


Thursday, November 13, 2008


6 Nov 1969 - Maka lahirlah aku di bumi Allah ini yang mana usia diberi pinjam olehNya. Taktahu bila akan tamat tempoh. Diam tak diam dah 39 tahun aku di dunia ini(kiraan Masihi) . Dulu ketika aku berusia 20-an, dan berjumpa dengan orang berusia 40 tahun maka hati kecil akan berdetik "dah tua orang ni". Tapi sekarang aku sendiri yang berusia awal 40 masih tak terasa apa-apa lagi. Ini yang merisaukan aku.Bukan apa cuma takut tak sempat taubat sebelum bertemu Allah. Azam tahun ni nak jadi hamba yang bertambah ilmu dan menafaatkan ilmu untuk beribadat kepada Nya. Pada aku ilmu adalah sgt penting. Apabila ada ilmu barulah ibadat sempurna.

Sambutan hari lahir aku disambut secara besar-besaran(bagi aku) oleh anak isteri yang tersayang. Apabila balik dari masjid selepas solat Isyak aku disambut dengan hidangan pembuka selera iaitu ayam golek aje... dan kek hari jadik yang aku sendiri tak tahu bila nyah mereka prepare untuk aku. Siap dengan tiupan lilin yang disediakan oleh anak2 aku. Yang aku tak sangka ialah adanya hadiah harijadi dari isteri tercinta dan anak2 tersayang. Hadiahnya walau tak semahal mana tapi bagi aku ianya sangat berharga kerana mereka menghargai aku menjadi suami dan bapa yang tidak mithali sangatlah...Tempatnya adalah di atas lantai aje bukan apa cuma ajar mereka jadik zuhud (pehhhhhh...)

Thursday, October 30, 2008

Untuk renungan bersama supaya kita selalu bermuhasabah diri.

Free Counters



Free Counters

Friday, September 5, 2008

Pantun oleh Mufti Perlis untuk mereka yang faham


Kota sarat disimpan tempayan
Zahir berlian disunyi hari
Harta rakyat dijadikan taruhan
Akhir kebencian menjadi api


Gula dan santan diuli roti
Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua


Anak singa di pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
eloklah tuan mengundur diri


Pergilah mandi di titian tinggi
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
Bukan perompak ganti pencuri

Free Counters



Free Counters


Saturday, August 16, 2008

Patah kan tak tumbuh lagi









Lama tak update blog. Tak de citer yang menarik yang nak dikongsi. Tiada peristiwa yang yang boleh diupdate kan. Semuanya sama aje... yang berbeza ialah sekarang aku berada di shift C. Kena jual borong. Meninggalkan Team A yang aku jadi penghuninya sejak 1996 lagi. Waktu itu Meor jadik SS aku dan Omar Majid jadik AS. Meor ada lagi macam aku jugak tapi si Omar aku tak tahu kat mana. Bak org kata patah tak tumbuh lagi....


Team baru aku ni pelik sikit. Kebanyakkannya adalah warga emas dan topik perbincangannya adalah............jeng........jeng........jeng.BOJO LORO. Maklumlah warga emas tak de tajuk lain nak citer. Kalau citer pasal Tsunami pun akhirnya akan berakhir dengan topik kawin dua. Masuk kandang kambing terpaksa juga mengembik.. Itu belum masuk bab TPE yang warganya boleh tahan jugak emasnya...jahanam aku dibuatnya. Sabar aja lah. Nak gi arab hati tak kering lagi...


Rakan karib pulak ramai dah berhijrah ke arab. Aku tak tahu lagi bila.... Pada 13 August jais telah terbang ke bumi anbia. Abislah Nua Amaji kena potong jari. Pada mulanya mcm tak jadik tapi akhirnya dipermudahkan ke sana oleh Nya. Alhamdullillah. Semuga dia berjaya mencapai matlamatnya, Insyallah. Sbb dia kata kalau dapat kat lain selain arab Saudi dia takkan pergi, so kita tahulah matlamatnya..... semuga selepas ni ramai lagi yang follow termasuk aku, Sahir,Jawa dan ramai lagi. Pawi dah tunggu kat sana tu..,Sahir.


Itulah Jais yang aku kenal sejak dulu lagi,sejak zaman jahilliah lagi. Tapi sekarang.... Alhamdulillah. Susah senang bersama. Semuga dia berjaya. Yang patah tak akan tumbuh lagi....




Tuesday, July 1, 2008

Hari ini,genaplah 5 tahun aku kerja 8 jam shift cycle. Pada hari ini jugalah aku mula bekerja balik 12 jam shift cycle. Gembira bukan kepalang apabila perjuangan selama ini berbaloi walaupun bukanlah aku yang berjuang pun.
Tapi yang aku sedih sikit apabila aku kehilangan rakan2 otai yang bekerja sejak dari dahulu lagi bersama aku. Mereka tak dapat merasa 12 jam kat Titan tapi dapat juga merasa kat negara lain. Otai2 Titan seperti Yunus,Azali,Lobo,Nahar,Din Wahab dah berenti dan pergi ke Arab Saudi. Batch aku pulak spt Zaini (Kat Sudan), Suhaimi kecik(kat Arab), Razab(tak dgr berita) dan yang terbaru Din Wahab akan terbang ke Arab saudi,yang tinggal aku kat Titan. Hati pulak macam iklan dalam TV. sekejap kecik sekejap besar. Lebih2 lagi thinkplus selalu buat hal dengan budak yangakan pergi. Buat aku tak tentu arah.
Sape tak kenal dengan Din Wahab ni. Kalau kat TPC semua org kenal. Kalau bab bubuh orang tak leh lawan dengan dia ni. Pasal dia ni la aku kena bubuh ngan org lain. Bedebuk......... singgah kat pipi. Ntah mcmana ntah aku boleh keluar dialog "kalau tak leh gurau duduk blakang masjid la". sampai sekarang aku masih mencari macamana dialog tersebut boleh keluar dari mulut aku. Bengkaknya 3 hari baru hilang. Tapi dia cerdik sikit. Lepas bubuh dia duduk jauh2 danyang menjadi mangsa orang yang paling dekat dengan suspek,sape la kalo tak aku. Malam tu satu malam aku tido kat kete.
Sebenarnya banyak lagi kenangan masam manisaku ngan mamat ni tapi lain kalilah aku citer.Aku berharap agar dia bahagia dgn pilihan dia. Kalau fikir logik dia ni tak kan berenti kat Titan sbb kg kat UDA aje dan mempunyai pengalaman stsrtup plant yang paling banyak kat Titan. Tapi jodoh dia ngan Titan tak panjang. Ini yang dikatakan rezeki...


Free Counters



Free Counters



Tuesday, June 10, 2008

Salam,
Semalam 9/6/08 pihak pengurusan Titan menyatakan bahawa shift 12 jam akan dikuatkuasa pada 1 julai yang akan datang. Ini adalah kejayaan bersama bagi pekerja shift di Titan yang mana perjuangan ini untuk menuntut kembali shift 12 jam ini bermula sejak dari 1/7/03(tarikh dimna shift 8 jam diperkenalkan).
Bermacam-macam cara dibuat untuk meyakinkan majikan supaya 12jam ini dikembalikan tapi hasilnya hampeh.....Dari rujukan di internet hinggalah ke survey dari pekerja telah dibentangkan tapi hasilnya masih sama. Pantang ada saluran yang dirasakan sesuai pasti bebudak shift ini akan meluahkan rasa ketidakpuas hati mereka,sehinggakan makcik pantry yang tak tahu apa2 pun,menjadi bahan tempat mereka meluahkan isi hati masing2. Ada juga pekrja shift yang dikenakan surat tunjuk sebab dek kerana mempersolkan polisi majikan. Aku salah seorang daripadanya. Sehinggalah aku dilantik sebagai anggota JCC (Joint Consultative Committee),masih lagi memperjuangkan shift keramat ini. Bila keluar meeting,bebudak akan tanya" bila dapat 12 jam?". Adeh.. soalan yang sama setiap kali meeting hinggakan aku attend meeting untuk sport committee mereka ajukan soalan yang sama.
Bermacam2 alasan yang diberi oleh management antara alasan yang paling sinonim adalah
bebudak shift menyalahgunakan off day untuk buat part time dan bila datang kerja mereka letih lalu tertidur di tempat kerja. Apabila dijalankan 8 jam , ada juga rakan aku yang kena buang sbb tidur. So shift bukanlah penyebab bebudak tidur.
Semalam apabila management membuat pengumuman 12 jam akan dikembalikan maka semua yang berjuang sejak dari dulu lagi dengan megahnya bahawa ini adalah disebabkan daya usaha mereka. Ada juga menyatakan bahawa ini adalah disebabkan perjumpaan YPC dengan datuk James Chao di Tg Puteri. Di sini pun ada orang yang menyatakan bahawa dialah yang suruh YPC cakap dengan james Chao supaya shift 12jam dikembalikan. Tidakkah kita terfikir,mungkin ada insan yang bemunajat kepada Allah meminta semua ini terjadi. Kenapa kita masih menyatakan YPC yang bertanggungjawab keatas kejayaan ini. Mungkin doa kita selama ini telah Allah makbulkan,Alhamdullillah.
Walau apa pun ini adalah disebabkan faktor rakan2 yang pergi meninggalkan kita. Disebabkan gelombang ini maka James Chao mungkin telah berubah hati dengan izin Allah. Mereka yang pergi mungkin tak dapat rasa 12 jam di Titan tapi dapat rasa 12 jam di tempat lain. Tapi yang merasa nikmatnya adalah mereka yang tinggal dan masih setia bersama titan.
Semuga dengan banyaknya rehat kita maka peluang untuk kita beribadat dengan Allah akan bertambah. Jika dulu hendak sembahyang berjemaah kat masjid mungkin payah dengan alasan kerja malam, tapi sekarang kita ada masa yang lebih mencukupi. Dapatlah kita meramaikan dan memakmur rumah Allah,Insyallah.
Bolehlah kita menyusun semula program kehidupan dan menitikberatkan soal akhirat. Semuga kehidupan kita di berkati. Janganlah bertangguh dalam mengerjakan amal. Kita sudah tiada alasan lagi dalam menjalankan tanggungjawab sebagai insan.
Cerita bab amalan,aku nak berkongsi citer dengan pembaca blog aku ni, bukan apa sebagai renungan dan pengajaran kepada kita yang yang lemah ini. Aku ada mendapat email dari staff di Titan menyatakan bahawa program Bersamamu Cendana yang aku jalankan bersama rakan2 di O&A menyusahkan dan membebankan staff di Titan. Walaupun email tersebut tidak melambangkan kesemua staff di Titan tetapi pengajaran yang dapat aku terima di sini adalah tidak kesemua kerja amal yang kita kerjakan disukai oleh semua orang. Padahal tujuan aku menghebahkan keadaan orang miskin diTaman Cendana untuk memberitahu tentang adanya insan yang memerlukan bantuan,tidak lebih dari itu. Kerana pada aku Allah itu Maha adil. Dia menjadikan orang kaya untuk orang susah mendapatkan bantuan dan menjadikan orang susah adalah untuk orang kaya mendapatkan pahala dan keredhaanNya. Begitulah kehidupan......
Akhir sekali aku nak minta diri dulu kalau ada isu aku akan menulis lagi.......
Kalau ada apa2 komen dipersilakan




Free Counters


Free Counters

Monday, May 26, 2008











Salam




Lama tak menulis ni. Kali ni aku nak citer pasal antara bandar satelit yang terdapat kat Malaysia ni iaitu Kongkong Laut,kampumg aku la tu. Mengikut sejarah kampung ni dibuka oleh pahlawan dari sulawesi yang mencari pengaruhh kat Nusantara. Apabila perkampungan ini di buka oleh satria-satria maka mereka semua bermesyuarat untuk memberi nama kampung tersebut. Menurut datuk aku, ketika dalam mesyuarat tersebut maka terdengar suara seekor burung yang besar(burung tersebut telah lama pupus) berbunyi kong-kong ,kong-kong. Maka satria tersebut bermuafakat untuk memberi nama kampung tersebut sebagai kongkong laut. Untuk pengetahuan pembaca ,antara satria yang membuka kampung tersebut adalah moyang aku.




Kampung tersebut sekarang mempunyai lebihkurang 45 orang keluarga. Dahulunya perhubungan utama kampung tersebut adalah jalan laut dan majoriti penduduk kampung tersebut adalah nelayan. Pada tahun 70an kampung aku menjadi laluan utama untuk ke Singapura. Macam tambak Johor kononnya. Kampung aku juga menjadi tempat perhubungan antara penduduk kota tinggi untuk ke Johor Bahru. Kira waktu itu kampung aku menjadi transit area kiranya. Pada pertengahan 80an kerajaan telah membina jeti kawasan Desaru untuk pelancong Singapura mendarat dan kampung aku telah terhakis kepopularannya. Sehinggalah pada tahun 2003 kerajaan telah mencadangkan akan membuat jabatan menghubungkan Johor Lama di Kota Tinggi melalui kampung aku. Maka kampung aku menjadi meriah kembali seperti 20 tahun dahulu,




Sekarang kampung aku meriah dari pagi sampai malam.Tapi janganlah pembaca membandingkan dengan Bukit Bintang pulak. Masih mengekalkan ciri ketimuran. Penduduk hidup dalam aman damai. Permuafakatan menjadi agenda utama. Pembaca juga boleh menikmati angin petang dengan selamat tanpa gangguan dari anasir yang kurang sihat. Boleh pekena ABC,teh tarik dan macam2 lagi makanan kampung.

Free Counters



Free Counters


Saturday, May 10, 2008

Beras

Salam,
Semalam di TV3 menyatakan harga beras naik lagi. Surirumah,peniaga,mak bapak pengantin,dan ramai lagi mengeluh. Petani pulak mengeluh kerana harga padi tak naik pun. Mana yang silap tak tahu pulak. Dato' Shahrir yang dulu berkokok dah tak berbunyi lagi. Nak lepaskan punggung terpaksalah cakap Bernas yang control harga. Moral dari cerita ini adalah, kita boleh complaint orang , tapi kalau kena batang hidung kita ,tutup mulut aje.
Apa yang aku nak cerita kat sini adalah ,kenapa kita masih menyalahkan orang lain aje. Kenapa kita tak mahu relatekan isu yang terjadi ini dengan ujian Allah. Bukan maksudaku kita nak biarkan harga barang naik. Tapi yang menjadi masalah ialah kita masih lagi lupa untuk bermuhasabah diri. Kita masih lagi angkuh seolah-olah semua ini adalah kerana salah org itu,salah orang ini. Kenapa kita masih lagi malas nak fikir hukum ujian allah. Kita merungut barang naik,beras naik, minyak masak kehabisan stok,gula habis dan macam lagi. Adakah kita terfikir ada saudara kita yang tak makan langsung. Kalau makan pun atas ikhsan orang lain. Nak beli pakaian dah tak terfikir lagi. Kalau dapat makan pun dah cukup baik. Nabi kita tak pernah merasa kenyang selama 3 hari berturut-turut tapi kenapa kita pula tak pernah merasa lapar selama bertahun-tahun lamanya. Puasa kita pun kita boleh kenyang lagi iaitu ketika berbuka. Cuba kita fikirkanlah.
Kita masih malas lagi nak bersedekah,menderma dan kalau pergi masjid pada hari Jumaat kita hanya menyumbangkan sekadar yang kita mampu. Berapa yang kita sumbangkan untuk jalan lain,karaoke,makan dll. Bukan maksud aku kita kena sumbangkan semua harta kita, sebab iman kita bukan macam Abu Bakar R.A. Tapi kita kena fikir atas kesusahan orang lain.
Fikir-fikirkanlah

Thursday, May 8, 2008

Cendana oh Cendana




Salam,


gambar untuk renungan kita bersama


Sunday, May 4, 2008

Cendana oh Cendana

Salam
Berjumpa lagi. Petang tadi aku,Nizam,Norul dan Izzatul telah mengunjungi keluarga yang kurang bernasib baik kat Taman Cendana.Mempunyai anak seramai 7 orang. Waktu kami sampai isterinya berada di hospital kerana melahirkan anak yang ke 8. Keluarga ini agak susah juga kalau nak bandingkan dengan keluarga lain. Bulan lepas kami telah buat kerja amal dengan mengecat dan membeli alas lantai baru. Nasib baik ada Nizam. Senang kerja. Kelurga ini boleh aku labelkan sebagai kurang senang dan kurang susah. Tapi yang membuat kami gembira pergi ke rumah mereka adalah kerana mereka sangat berterima kasih atas sumbangan yang diberikan. Sebenarnya bukan keluarga ini saja yang kami bantu. Bulan lepas kami beri sumbangan kepada satu kelurga yang kematian ketua kelurga dan tempat bergantung. Allhyarham meninggal ketika berumur 42 tahun dan mempunyai anak seramai 5 orang berusia 11-3 tahun.Sumbangan RM300 yang kami hulurkan adalah untuk pengkebumian. Cuma satu yang buat semangat untuk meneruskan projek ini adalahkerana sifat pemurah warga Titan. Kadang aku terharu kerana ada orang yang support kami punya program ini dengan menghulurkan sumbangan berbentuk wang dan pakaian. Kumpulan kami bukanlah satu pertubuhan yang didaftarkan atau untuk mendapat nama tapi atas tanggungjawab sebagai insan dan sebenarnya sebahagian dari gaji kami adalah hak mereka. Itu kami sedar dan ramai warga Titan sedar. Sebab itulah kami mereka terus saja menderma walaupun kami tiada penyata kira2. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Kadang aku rasa bertuah dan dan beruntung kerana masih dapatmakan KFC atau Mc Donald. Tapi anak mereka kalau dapat makan nasi dan berlauk bening sudah cukup bagus. So sesiapa yang terbaca blog ini dan ingin menderma aku alu-alukan. Boleh Contact aku di 019-7069047. Hanya Allah yang membalas jasa penderma dan kita janganlah bertangguh dalam membuat kebajikan. Ujian Allah padamereka sudah jelas kerana kemiskinan. Kita takut ujian Allah pada kita kerana kekayaan. Dan terus terlupa kepada Akhirat.

Tuesday, April 22, 2008

Dermawan di cari

Salam,
Tak sempat nak up date sbb tengah sibuk buat assignment utk EDOSH. Nak kena submit pada 18/5/07. Material tak cukup lagi. Inilah padah kalau buat last minit. Komputer kat rumah rosak lak. Terpaksa gi CC buat kerja. Nak ngan kak Ros tak de la plak. Inilah adalah cabaran yang mesti di tempuh. Dah tua baru nak belajar. Kerja lak 8 jam. Sekejap kerja petang,sekejap pagi sekejap malam. Nak dapat 12 jam tak tahu bila. Lepas buat assignment ni, kena ikut module 1 dan dua yang teringgal . Kelas bermula pada 27 april ni.. Satu hal lagi nak capture. Assignment untuk module 1 dan 2 kena prepare dari awal. aduhh.. aduhh
Looking for laptop tapi yang tak mahal sangat la. Asal boleh buat kerja ok la. Kalau dapat spec latest lagi cantik. Semalam pergi ke Cahaya Masai,tengok Laptop macam din wahab pakai. Harganya RM3100. fuhh... Lap peluh kat dahi.. pergi kedai runcit kat sebelah terus beli panadol. standby untuk ubat tahan sakit. Sedang cari yang 2nd hand.
ok tunggu for latest update

Friday, April 11, 2008



5 aPRIL 08 ,JAM 8 MLM, Orang Tua Titan atau lebih sedap lagi dipanggil veteran telah mengadakan perlawanan bolasepak amal dengan X-singapore player di Stadium J-Corp,Pasir Gudang. Kemenangan berpihak kepada Titan/PBT veteran 5-4. Keputusan tak berapa penting tetapi yang paling penting adalah target untu mengutip derma bagi membantu orang yang kurang bernasib baik tercapai iaitu melalui jualan ticket RM 10k.

Wednesday, April 2, 2008

Charity Match


Sibuk dengan Charity Match menentang x-singapore National Team pada 5/4/08 bertempat di Stadium Jcorp ,Pasir Gudang.
Kelmarin pergi ke stadium untuk meninjau persiapan sebelum perlawanan. Ramai VIP so kena prepare sebaik mungkin.

Salam


Salam utk semua
Berkongsi pengalaman hidup