Wednesday, June 10, 2009

Diari Ruwais 1


ternganga mulut

Team building di Danat Hotel


Pasukan belasahan EU2



Diari Ruwais

Salam,
Sepanjang berada di Ruwais ni,kehidupan seharian aku semacam boleh diatur jadualnya. Bagi sesiapa yang ingin atau ada niat untuk ke sini,maka beberapa kemungkinan yang akan berlaku.
Masalah pengangkutan atau dalam bahasa jawanya transport.
Di sini, untuk kemana2 terpaksalah menggunakan bas yang disediakan. Walaupun utk ke kedai. Terpaksalah menunggu bas dengan sabar. Untuk mendapatkan lesen memandu adalah sesuatu yang merumitkan. Terpaksa pergi JPJ(kalau di M'sia) yang jauhnya dari Ruwais kira-kira 100km. Untuk ke sana juga terpaksa menunggu bas. Urusan dengan pegawai JPJ juga sukar. Ini kerana kemalangan adalah pembunuh no.1 di UAE.

Sudah 2 minggu berturut aku pergi Abu Dhabi untuk urusan dokumen untuk family aku. Semuanya mesti di translate ke bahasa Arab. Lepas tu kena pengesahan di kedutaan Malaysia. Yang malangnya, Di Abu Dhabi tiada kedutaan Malaysia. Hanya yang ada ialah konsulat. Terpaksalah tunggu balik Malaysia untuk settelkan semuanyer. Aku terpaksa settelkan semua ni kerana rumah company sudah sedia untuk diduduki dan pihak adnoc akan serahkan kunci jika aku siapkan semua dokumen yang dikehendaki.

Minggu lepas diadakan pulak Team Building utk EU2. So aku pun pergilah untuk memeriahkan suasana. Ntah apa yang team aku pun tak tahu. Lepas game,makan, kenyang, naik bas, balik...
Kalau ikut kan hati ,duduk dalam bilik lg baik...tidurrrrr

Sekarang ni kena attend kelas conducted oleh Linde(rakan teknologi untuk Borouge)selama 12 hari. Bosan giler.... ntah apa yang mat salih tu cakap aku pun tak tahu... Masuk kelas,sangap,mata kelat,pergi bilik air, dengar mat salih tu temberang,sangap......kul 4.30 balik. Begitulah seterusnya sampai habis Training pd 24 hb Jun ni.

26 June ,Insyallah balik Malaysia. Jumpa keluarga yang sangat aku rindu..Mak ayah aku. Balik menggunakan Singapore Airlines. Turun di Changi Airport pada kul 1210 tghari pd 27/6.Tiket MAS terlalu mahal untuk aku. Mencecah 3k. Tapi dengan Singapore Airline hanya 1800 ajer. Bukanlah aku tak patriotik tapi kerajaan yg tak patriotik ngan aku. Ambil cuti2 minggu. Supervisor aku suruh ambil 3 minggu tapi aku terpaksa simpan cuti utk anak aku nak ambil peperiksaan UPSR pada september nnti dan juga Hari Raya.

Sekarang sibuk utk beli buah tangan untuk di bawa balik ke Malaysia. Cuma anak aku yang bongsu yang jadi masalah. Sebab suruh aku cari Ultraman kat sini. Mana aku nak sakau ultraman kat UAE. Sebab di sini hanya didedahkan dengan superman,batman,power ranger dan lain2 lagi hero buatan USA. Ultraman tu hero buatan Jepun..fening,fening...Setiap kali skype dengan dia pasti minta ultraman dyna,mebius,taro,tiga,nexus dan mcm lagi.

Insyallah akan di permudahkan...Wasalam.
Free Counters



Free Counters