Sunday, May 4, 2008

Cendana oh Cendana

Salam
Berjumpa lagi. Petang tadi aku,Nizam,Norul dan Izzatul telah mengunjungi keluarga yang kurang bernasib baik kat Taman Cendana.Mempunyai anak seramai 7 orang. Waktu kami sampai isterinya berada di hospital kerana melahirkan anak yang ke 8. Keluarga ini agak susah juga kalau nak bandingkan dengan keluarga lain. Bulan lepas kami telah buat kerja amal dengan mengecat dan membeli alas lantai baru. Nasib baik ada Nizam. Senang kerja. Kelurga ini boleh aku labelkan sebagai kurang senang dan kurang susah. Tapi yang membuat kami gembira pergi ke rumah mereka adalah kerana mereka sangat berterima kasih atas sumbangan yang diberikan. Sebenarnya bukan keluarga ini saja yang kami bantu. Bulan lepas kami beri sumbangan kepada satu kelurga yang kematian ketua kelurga dan tempat bergantung. Allhyarham meninggal ketika berumur 42 tahun dan mempunyai anak seramai 5 orang berusia 11-3 tahun.Sumbangan RM300 yang kami hulurkan adalah untuk pengkebumian. Cuma satu yang buat semangat untuk meneruskan projek ini adalahkerana sifat pemurah warga Titan. Kadang aku terharu kerana ada orang yang support kami punya program ini dengan menghulurkan sumbangan berbentuk wang dan pakaian. Kumpulan kami bukanlah satu pertubuhan yang didaftarkan atau untuk mendapat nama tapi atas tanggungjawab sebagai insan dan sebenarnya sebahagian dari gaji kami adalah hak mereka. Itu kami sedar dan ramai warga Titan sedar. Sebab itulah kami mereka terus saja menderma walaupun kami tiada penyata kira2. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Kadang aku rasa bertuah dan dan beruntung kerana masih dapatmakan KFC atau Mc Donald. Tapi anak mereka kalau dapat makan nasi dan berlauk bening sudah cukup bagus. So sesiapa yang terbaca blog ini dan ingin menderma aku alu-alukan. Boleh Contact aku di 019-7069047. Hanya Allah yang membalas jasa penderma dan kita janganlah bertangguh dalam membuat kebajikan. Ujian Allah padamereka sudah jelas kerana kemiskinan. Kita takut ujian Allah pada kita kerana kekayaan. Dan terus terlupa kepada Akhirat.

No comments: