Tuesday, November 18, 2008

Gugurnya Muhammad Saad Ghamidi





Sheikh Saad Al-Ghamidi adalah salah seorang Imam Besar Masjidil Haram. Aku teruja sangat apabila mendengar bacaan ayat-ayat Allah. Pertama kali aku mendengar beliau membaca surah Al-Mulk aku terus terpikat dengan bacaannya. Cari2 punya cari akhirnya barulah aku tahu orangnya. Meremang bulu roma mendengarnya.


13 nov 2008 jam 0230- Aku dikejutkan oleh isteriku dan memberitahu tentang darah yang mengalir keluar dari rahimnya. Bergegas aku ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan dan sedih mendapat berita bahawa isteriku telah keguguran ketika kandungan berusia 3 bulan. Bukan rezeki aku dan Allah maha mengetahui. Kata ustaz setiap anak yang lahir ada rezekinya yang tersendiri tapi jika tiada anak maka tiada rezeki.


Aku dan isteri sudah sepakat untuk meletakkan nama bakal anak aku yang kelima ini dengan nama orang yang aku minati iaitu Saad Ghamidi jika ia lelaki. Tapi mengikut gerak hati aku mengikut pengalaman yang lepas aku rasa anak ini lelaki. Tapi Allah menentukan segalanya. Semuga aku dan isteri dapat menerima segala ujian dengan sabar. Rezeki di tangan Allah.




Free Counters



Free Counters


No comments: