8Nov 2008 adalah Family Day untuk staff Titan. Buat pertama kalinya dalam sejarah aku kerja Titan hampir 17 tahun,family day kali inilah yang betul2 namanya FAMILY DAY. Tahun2 yang lepas family day hanyalah pada nama tapi tak family day langsung. Dan buat pertama kalinya juga aku berjaya stay kat family day sehingga majlis itu berakhir.
Family day kali ini diadakan di Danga Bay yang dahulunya dikenali sebagai Tapak Senaman,pantai Lido tempat otai2 seperti Teruna60 lepak-lepak dan skodeng. Qarat juga jadikan tempat ini sbg rumah nombor duanya. Itu dulu sekarang semua dah berubah termasuk tempat itu sendiri. Kalau bukan kerana family day tidak mungkin aku akan pergi tempat ini kerana kos terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk org berpendapatan seperti aku ini. Tempat permainan untuk kanak2 terlalu mahal. Dan askar aku berjumlah 4 orang semuanya.Boleh jadi sawan kentut aku dibuatnya. Tetapi pada family day kali ini anak2 aku melepaskan geramnya sehinggakan anak aku yang sulung hilang dan tidak dapat dikesan oleh radar selama 2 jam. Pening kepala aku dibuatnya. Kerana segala permainan tanpa limit.
Tuan tanah(James Chao) juga mengumumkan bahawa tahun depan tak de bonus sbb ekonomi gawat. Baru buat family day di Danga Bay buat pertama kali terus je annouce tak de bonus. Ini macam kalau tiap2 tahun buat family day kat danga Bay,mahu tutup terus Titan. Aku lihat kembang kuncup jugak hidung James Chao hari tu . "Abis duit aku" mungkin berdetik hatinya.
Tapi apa2 pun aku rasa family day kali ini adalah terbaik pernah dipersembahkan oleh Titan. Tahniah diucapkan kepada committe yang bertungkus lumus menjadikan ianya berjaya tapi ada sorang committe tu hanya ambil baju dan topi aje tetapi kerja langsung tak de. Dia tu memang tiap2 tahun macam tu. Sampaikan tak pernah main sepaktakraw tetapi nama ada dalam list player. Tujuan sebab nak dapat baju. Namanya dirahsiakan atas sebab2 keselamatan (CD bukan nama sebenar)
Free Counters
Free Counters
No comments:
Post a Comment