Balik dari Titan Family Day badan terasa amat letih akibat melayan kerenah anak2. Selepas maghrib bersiap untuk majlis doa selamat adik aku di KgPasir Putih dan pulang ke rumah jam 1030 mlm. Berkemas untuk ke kuala Lumpur untuk majlis Konvo OUM di PWTC esoknya. Bertolak dari JB pukul 2.30 pagi dan sampai KL pukul 0630 pagi. Pening lalat juga cari lokasi PWTC. Pusing punya pusing jumpa jugak PWTC. Maklumlah aku ni bukan biasa sangat kat KL ni. Tapi Kongkong Laut tu biasa jugak (KL jugak namanya)
Ohh kat sini rupanya PWTC bersebelahan bangunan United Malay nation Organization. Patutlah orang keris kerek semacam aje bila ada perhimpunan. Sembahyang subuh di surau bangunan UMNO lepas tu pergi toilet untuk melepas hajat. Perghhhh... Harapkan bangunan aje cantik tapi toilet sumbat macam orang2nya jugak. Luaran nampak cantik tapi dalamnya hampeh..
8 November 2008 - Majlis Konvokesyen Open University Malaysia diadakan di dewan Merdeka PWTC (Selalunya majlis perhimpunan agung UMNO diadakan). Bangga jugak aku masuk kat Dewan ini.Selalunya tengok kat TV aje tapi hari ini sendiri merasakan depan mata.
Walaupun usia baru mencecah 39 tahun, tapi aku berbangga kerana dianugerahkan oleh Allah untuk menerima segulung Diploma(Eksekutif Diploma in Occupational Safety and Health- EDOSH). Inilah hasil usaha selama lebih satu tahun setengah pergi ke kelas hujung minggu, buat assignment, baca buku untuk periksa dan macam2 lagi yang mana terpaksa korban masa antara keluarga, kerja dan belajar. Kelas diadakan di bangunan NIOSH Johor di Skudai. Dan yang paling mencabar sekali adalah pergi ke kelas selepas balik kerja malam. Apa subjek yang masuk dalam kepala aku pun tak tahu. Nasib baik ada rakan sekerja yang banyak membantu seperti Chief, Hj khamis yang sama2 mengikuti kelas ini.
Majlis konvo tersebut diadakan dalam suasana gilang gemilang siap dengan persembahan koir dan live band (ghazal aje) semasa majlis penyampaian diploma sedang berlansung. Pergh... teruja jugak aku. Biarlah apa orang lain nak kata tapi aku tetap berbangga apabila berjaya mendapatkan diploma itu walaupun terpaksa menunggu sehingga 20 tahun barulah dapat menggenggam segulung diploma aje. Bukan taraf yang menjadi ukuran tapi usaha dan istiqamah yang penting dalam sesuatu perkara. Dan untuk langkah seterusnya dan menjadi target aku selepas ini adalah.....biarlah aku tak yah cerita sebab takut tak menjadi pulak...
Akhir nya terima kasih kepada isteriku yang faham situasi aku selama satu tahun setengah dan sanggup berada di dewan Merdeka sehingga selesai majlis dan juga anak2 aku agar menjadi inspirasi kepada mereka. Dan yang paling aku adalah respect kedua ibubapaku yang sentiasa memberi motivasi kepada aku dan ini adalah hadiah kepada mereka yang sepatutnya aku dapatkan 20 tahun yang lalu
Free Counters
Free Counters
No comments:
Post a Comment