Monday, December 19, 2011

Rujukan ku rujukan mu jua

Salam,
Bertemu lagi..
Diam tak diam, dah genap 2 tahun family aku berada di Ruwais ni. Mcm2 kisah duka,suka,dan 1001 mcm cerita. 2 tahun yg lepas ketika masih belum mempunyai kenderaan,kami sekeluarga di sambut dengan hujan yg lebat ketika perjalanan pulang dr rumah rakan yang jauhnya sekitar 1km dr rumah kami. Yg jadi kemusyikilan,setiap kenderaan yg melintasi,tiada satu pun yg berhenti memnghulurkan bantuan melihatkan aku dan anak bini di basahi hujan. Sekarang barulah aku tahu,bahawa jika mandi hujan adalah dianggap 'pesta' di sini. Jadi,mereka fikir aku sekeluarga sedang berpesta..padahal..sejuknya tuhan ajer yg tahu..itu kisah 2 tahu yg lalu,ketika rambut hitam lebih byk dr rambut putih. ketika janggut masih lg hitam berkilat...tp sekrg...

mungkin kalah minyak rambut agaknya,atau kalah dgn air kat sini..kalau difikirkan usia masih lg muda...reverse psikologi.

Ramai jugak teman2,kenal atau tak kenal menjengah blog tua aku bertanyakan khabar Ruwais.Ada yg survey,ada yg dah dpt offer,ada yg 50-50, dan mcm2 lg kondisi. Cuma aku nak bg tau,soalan yg pertama yg perlu dijawab sebalum aku memberitahu perkara2 lain.
APAKAH TUJUAN KORANG NAK DATANG KE RUWAIS??
Ada yg cakap nak cari wang lebih,ada yg cakap nak cari pengalaman baru,ada yg cakap family matter,bengang dgn boss lama,nak keje obersi dan mcm2 alasan yg tersendiri. Hanya mereka saja yg tahu..Jawapan aku plak: korang akan jumpa apa juga alasan korang apabila dah berada di sini. Contohnya,kalo korang bengang dgn boss lama,kemungkinan besar ko akan bengang juga dengan boss baru. fikir2lah sendiri.
Bukan aku nak bercerita tentang keburukan atau kebaikan di sini,sbb Allah telah menetapkan rezeki kita sejak azali lg. selain ajal,jodoh kita. Jgnlah setelah dtg nnti,barulah kita kita komplain yg bukan2...
Kalo difikirkan dgn kehidupan,mmg la di sini tempat yg agak baik dan selamat kalo di bandingkan dgn tempat kita. Dengan perumahan yang agak baik,persekolahan ditanggung sepenuhnya,tiada kejadian jenayah,anak dan isteri bebas kemana saja.suasana bersih krn ada pekerja yg menguruskan dan senang citer mcm kelab exlusive la gamaknya. Bil elektrik,air,gas,sumanya free. Mmg mudah...pergi dan balik dijemput dgn bas yg berhenti di depan bulding. Nak solat berjemaah,juga senang,masjid ada 4 buah di kawasan ini. Malas basuh keta,bole panggil org,tolong basuhkan,cuma bayar aje..

Tapi bab yg harus diberi perhatian ialah, ianya terletak hampir 240 km dr abu dhabi(bosan jgak),belanja agak mahal di sini sekitar rm1500 sebulan utk brg dapur. Utk anak2 tiada pelajaran agama yg khusus,kerenah birokasi sapi2,dan kerenah sewaktu menguruskan visa2 family dan lesen memandu..hal2 yg begitu harus difikirkan dan kita harus bersedia utk menghadapi sebelum mengambil keputusan utk dtg ke sini..jgn dah sampai sini,kita merungut dgn masalah itu..

Walau apapun aku galakkan agar sesiapa yg mahu dtg,membuat solat isthirah agar mendapat petunjuk jalan yg harus dipilih,insyallah. Dan aku berdoa agar korang bahagia dlm membuat apa jua keputusan..

jumpa lg...kalo nak berita lanjut boleh add aku kat FB- bahrin bujang

Sunday, June 19, 2011

ruwais update




Salam
Hampir setahun blog ni layu. Nak kata mati tidak dan nak kata hidup jugak tidak,umpama nyawa2 ikan. Hampir setahun jugak la anak2 dan isteri tak menjengah keluarga di Malaysia. Kepala rasanya sudah ke Malaya,tapi apakan daya...cari rezeki terpaksa lah berkorban. Hidup kami sekeluarga di sini ,seperti yang sudah2 ,kehidupan di padang pasir...rutin harian yang tidak banyak berbeza dengan tahun2 yang lepas..sehinggakan aku boleh advance planning apa yang aku akan lakukan minggu hadapan sbb sumanya hampir sama seperti apa yang aku lakukan hari ni...

Esok anak2 akan menghadapi Final Exam sebelum summer break bermula pd akhir june ini..Ammar,anak aku yg bongsu (kononnya), sudah rasa sebati hidup di sini. Rakan2 sepermainan jugak selalu bertandang ke rumah,tapi sesekali ada jugak berbunyi,bila nak balik malaysia. Anak2 aku yang lain,jugak seperti anak2 Ruwais yang lain,menikmati kehidupan yang dikelilingi padang pasir, Kehidupan yang tidak byk aktiviti spt anak2 di Malysia.

Cuaca panas sekarang,yg begitu sukar utk membandingkan sama ada ketawa atau menyeringai menahan panas. Terkadang aku terkeliru...Kurma sudah menampakkan warna kemerahan yang aku rasa sebulan lagi mmg masa yg terbaik untuk menuai (mcm padi la plak)..

Peristiwa yg paling hebat aku telah lakukan pd tahun ini ialah menunaikan umrah bersama keluarga pada bulan march yang lepas dengan menggunakan kereta. Perjalanan yang mengambil masa hampir 24 jam..sungguh memenatkan tapi sungguh menerujakan diri aku.. Apa tidaknya,doa kedua org tua aku sudah di makbulkan Allah ketika mereka mengerjakan umrah pada 2006 yang lalu. Berdoa di hadapan kaabah,agar aku sekeluarga dapat pergi ke baitullah. Mmg benar doa di hadapan kaabah akan dimakbulkan Allah. Perjalanan sejauh hampir 4000km pergi dan balik mmg memenatkan tapi apa yang aku inginkan tercapai sekurang2nya dpt melihat dgn mata kepala sendiri kaabah..Hebat mmg la hebat,subhanallah. Jika tak ada aral,akan aku postkan perjalanan aku ke Mekah dalam post yang akan datang

Berkenaan tempat kerja pulak, sekarang Borouge 3 sedang dalam construction selepas Borouge2 succesfully start up pd July tahun lepas..Bagi aku tidak ada apa yang hendak di update berkenaa tempat kerja...Recruitment campain kat malaysia ,pd may yang lepas telah berjaya mendapatkan ramai Malaysian utk bekerja di Borouge..Ramai jugak yang contact aku dan tak kurang jgak yang reject the offer....atas alasan masing2...aku cuma bg clear picture kat sini ,itu saja tp keputusan terletak pd tangan masing2.

Semenjak kami di sini, byk cerita yg diterima dr saudar mara di malaysia..dan Yang amat terasa sayu adalah berita yang semua org sukar menerima,iaitu kematian. ramai jugak sedara mara yang terlebih dahulu meninggalkan kami sekeluarga. Dan yang paling terharu ialah,kakak kepada isteri aku telah menemui Penciptanya pada January yang lepas, tapi apakan daya,kami tak dapat pulang..cuma ucapan dan sedekah Fatihah yang mampu diberikan dan semuga rohnya ditempatkan bersama2 org beriman...dan bg yg ingin merantau, perkara begini kena consider...

Dan tunggu update seterusnya..itu pun kalo rajin....

Free Counters
Free Counters

Monday, June 28, 2010

Palm Jumaeirah,Dubai
Atlantis,Dubai

Old Souq,Dubai


Pekena Kuew Tiow Goreng








Di Atlantis World,Dubai

















Salam,







Tidaklah sibuk sangat ,tapi rasa malas nak update blog ni mengatasi segala2nya. Sibuk melayan world cup sbb di sini, perbezaan masanya hanyalah 2 jam dari South afrika,so bole lah dikatakan hari2 tengok world cup. Untuk menikmati saluran piala dunia,aku terpaksa menyewa Al Jazeera Sport Channel sebanyak AED560 untuk 6 bulan. Apa nak buat .4 tahun sekali....Yg penting,Argentina masuk Final.....Tapi untuk menikmati saluran percuma ,terpaksalah pergi ke khemah yang disediakan ole Borouge. Di sana kita boleh beramai2 menyaksikan skrin besar dan menyokong pasukan masing2 . Makan ,minum percuma...cuma order saja ...







Sekarang sedang sibuk start up plant di sini dengan menggunakan Nitrogen cooling. Ini untuk mengelakkan flaring yang banyak ketika start up, pening jugak kepala melayan kerenah licensor dan puak2 sapi kat sini. Macam bekerja di Mumbai Petrochemical pulak aku ni.... sbbnya kat cold section,aku sorang ajer yang melayu di shift aku....jd terpaksalh mengembik sama...kekadang darah2 pahlawan kongkong naik jugak melayan sapi2 ni...tapi masih bole kontrol lagi,insyallah...Dijangkakan 1 Julai ini akan introduce Hidrocarbon...itupun kalo tak delay lagi....letih bukan kerana penat kerja tapi kerana asyik delay saja....














































































Saturday, May 8, 2010

Ruwais update

Salam,
agak lama tak update blog ni. Selepas balik dr Msia bulan lepas terus ajer senyap sepi. Hanya melayan Fb untuk meng update sesuatu.
Tiada perkara baru yang hendak di tulis ,almaklum keluarga sudah berada di depan mata ,jd tak de perkara yang berbangkit
Agak sibuk sikit sekarang ni sbb plant akan di start up kan pada 15 May ni. Itu pun kalo tak perkara yang tak di sangka terjadi. Sebab ini mungkin kali yang ke lima ,start up di tangguhkan...Insyallah lagi 2 mggu, cracker plant yg terbesar akan mula beroperasi dengan kapasiti 1500kta.
Kehidupan di sini pulak,rasanya tak der perkara baru yang hendak di citerkan cuma Insyallah keluarga Malaysian akan bertambah kerana semakin ramai rakya Malaysia yang sudah menerima kunci rumah. Insyallah berkampunglah org Malaysia di sini,walaupun bilangannya amat kecil sekali iaitu sekitar 8 keluarga semuanya.
Kesempatan ini jugak,ucapan selamt hari ibu kepada Ibu aku di Malaysia.....semuga mendapat kerahmatan Allah. Tiada perkara yang boleh menyamai pengorbanan mu ...


FFree Countersree Counters

Thursday, March 25, 2010

Balik Malaysia

Bersama rakan2 Titan. Founder PMC katanya.....ntah2 ponder agaknya
Selamat Pengantin Baru

Pengantin basi ...kah..kah...



Nak balik Malaysia sangat nih... di KLIA


Kat Dubai Airpot




Balik Malaysia.....





kerana majlis perkahwinan adik perempuan aku...bukan main seronok anak2 aku..cuti 3 minggu dan akan aku gunakan masa terhad ini sebaik mungkin.





Bermula pukul 11pg dr Ruwais dan ambil flight melalui Dubai (Malaysia Airlines) pada pukul 6.55ptg dan smpai KLIA pukul 6.00pg waktu Msia dan terpaksa tunggu flight ke JB kul 1400hrs. Hampir 24 jam perjalanan....Letih tp seronok dpt bertemu ibubapa,adikberadik dan rakan2....Terpaksa amik penerbangan dr Dubai sbb tambang lebih murah sikit berbanding dr Abu Dhabi..





Majlis adik aku berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan renyai2...Alhamdulillah...yg penting selamat...





Insyallah ,5 April ini akan pulang bertugas di Ruwais.......cepat plak masa berlalu.....

Free Counters



Free Counters