seronok giler la tu......
aktiviti petang sabtu..................
pekena karipap hand made..
aktiviti petang sabtu..................
pekena karipap hand made..
Salam,
Aktiviti yang sememangnya sama hampir setiap hari di sini boleh membuatkan jiwa jadi kacau. Nasib baik ada family di sini buat pengubat jiwa.. Dan yang paling utama tidaklah terasa sangat jauh dari Malaysia. Keluarga juga sudah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini. Isteri pulak persis orang Indonesia sebab rakan2nya adalah orang Indonesia( isteri pekerja2 borouge) kebetulan pulak jiran aku juga adalah Ismanto(bekas pekerja Sabic) dan sekarang bekerja dengan Borouge dan isterinya juga rapat dengan isteri aku. Juga anak2nya juga selalu bermain di rumah aku. Selalu jugaklah merasa masakan Indonesia (bertukar2 piring). Pelat isteri dah macam orang Indonesia.
Sedang menunggu 'Permanent Residence Visa' untuk family yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen. Proses permohonan di jabatan tersebut,Alhamdulillah di permudahkan. Apabila aku serahkan borang permohonan kepada officer,lalu officer itu tengok atas dan bawah dan kemudian dia berkata "malaysian" dan aku pun menjawab "aiwa"(aku sendiri pun tak tahu maknanya) dan seterusnya dia menunjukkan isyarat jempool(bagus).lalu terus ajer dia tandatangan dan berkata "khalas". dan suruh tunggu dalam masa seminggu. Aikkk...mudahlah pulak...walaupun bayarannya agak mahal iaitu AED1900. (Boleh claim dengan borouge)
Mengenai anak2 pulak- masih belum bersekolah kerana sesi persekolahan hanya akan bermula pada september ni. Sekarang ni tengah proses buat rayuan agar mereka diterima masuk pada pertengahan Februari ini. Aku berharap sangat agar mereka boleh bersekolah seperti biasa dan jika tidak ia akan menjadi masalah pada mereka kerana akan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Hanya sedikit latihan melalui internet saja dilakukan setiap hari. Seperkara lagi jika mereka tidak diterima bersekolah pd Februari ini, aku terpaksa membuat rayuan di Ministry of Education di Abu Dhabi kerana peraturan di sini ialah murid2 tidak boleh bercuti lebih dari 3bulan sebelum diterima masuk ke sekolah kerajaan atau swasta.
Mengenai lesen memandu pulak, ujian jalanraya akan diadakan pada 7 hb februari akan datang. mintak dipermudahkan,Insyallah.
Free Counters
Free Counters
No comments:
Post a Comment