Saturday, February 13, 2010

Kongsi pengalaman...

Setelah hampir 10 bulan kerja normal day maka hari khamis lepas adalah hari pertama joint shift. Shift di sini adalah 2hari siang ,2 hari mlm dan 4 hari off day. Terkezut jugak rasanya...Plant pulak sudah mula menampakkan aktiviti yang sibuk. Sebenarnya dah berapa kali mechanical completion date di'delay'kan, aku pun tak tahu. Mengikut jadual asal,completion date pada oct yang lepas tapi di tangguhkan pada Januari dan sampai sekarang masih tak complete lg. Begitu jugak start up pada asalnya pada March dan ditangguh pada May nanti. Tungguuuuuuuuuu.....

Keje di shift kadang2 kala meletihkan sbb 12 jam di Control Room. tapi ada lah jugak kekawan Malaysia dan Indonesia ,tak lah terasa sangat. Ramai jugak rakan2 pulag ke Malaysia menjenguk keluarga tapi yang keluaarga sudah jadi rakyat Ruwais ni tak perlulah pulang... Tetapi Malaysia tetap bermain di di hatiku..

Tapi sebenarnya yang ingin aku kongsi bersama ialah pengalaman sembahyang Jumaat diadakan di control Room. Penuh Control room dengan orang2 muslim. Tak lah timbul nak mintak kebenaran dengan supv untuk keluar bersembahyang jumaat di luar, spt kebanyakkan tempat di Malaysia. Sorang rakan aku di Malaysia, berhenti kerja hanya semata2 tidak dapat menunaikan fardu Jumaat. hebat...hebat....kerana solat Jumaat adalah fardu ain,haram berjual beli pada waktu tersebut...

Sebenarnya aku rasa solat jumaat ini boleh diadakan di tempat keje dan banyak faedah dan kebaikan yang boleh diterima samada majikan atau pekerja. Salah satunya pekerja tak perlu untuk keluar dan waktu kerja boleh dijimatkan. Dan tak perlulah diadakan di masjid jamik saja spt di Malaysia tu kerana tidak termasuk dalam syarat sah solat jumaat pun. Seperkara lagi di Titan tu lagilah selesa sbb dah ada surau sendiri..luas dan selesa berbanding dengan surau di control room borouge...kecil tetapi jemaahnya ,masallah ramainya. Saper2 yang dilantik sbg JCC bolehlah bawak perkara ni ke top mgmt. Sekurang2nya adalah usaha untuk menyelamatkan umat islam,tapi kalau mgmt dah reject tak bolehlah buat apa2. Kalau nak swap shift hanya untuk beberapa orang saja org islam yang selamat ,tapi yang lain........mcmana..?????

Aku rasa ramai jugak JCC tu hebat2 belaka, biarlah berbaloi dapat elaun tu...bolehlah bawak perkara ke atas sebelum orang ATAS (Allah) tu panggil kita.



Free Counters



Free Counters



No comments: