Friday, February 26, 2010

Jaman dulu-dulu

lagu budak-budak jaman dulu...(mirip lagu salem..aduhai seribu kali sayang)

seribu kali satu
cikgu menyoal aku
aku jawab tak tahu
cikgu tempeleng aku
aku jatuh ke simen
terus jadi otromen
terbang ke plenet...
terjumpa minah senget....
lol...



Free Counters



Free Counters

Saturday, February 13, 2010

Kongsi pengalaman...

Setelah hampir 10 bulan kerja normal day maka hari khamis lepas adalah hari pertama joint shift. Shift di sini adalah 2hari siang ,2 hari mlm dan 4 hari off day. Terkezut jugak rasanya...Plant pulak sudah mula menampakkan aktiviti yang sibuk. Sebenarnya dah berapa kali mechanical completion date di'delay'kan, aku pun tak tahu. Mengikut jadual asal,completion date pada oct yang lepas tapi di tangguhkan pada Januari dan sampai sekarang masih tak complete lg. Begitu jugak start up pada asalnya pada March dan ditangguh pada May nanti. Tungguuuuuuuuuu.....

Keje di shift kadang2 kala meletihkan sbb 12 jam di Control Room. tapi ada lah jugak kekawan Malaysia dan Indonesia ,tak lah terasa sangat. Ramai jugak rakan2 pulag ke Malaysia menjenguk keluarga tapi yang keluaarga sudah jadi rakyat Ruwais ni tak perlulah pulang... Tetapi Malaysia tetap bermain di di hatiku..

Tapi sebenarnya yang ingin aku kongsi bersama ialah pengalaman sembahyang Jumaat diadakan di control Room. Penuh Control room dengan orang2 muslim. Tak lah timbul nak mintak kebenaran dengan supv untuk keluar bersembahyang jumaat di luar, spt kebanyakkan tempat di Malaysia. Sorang rakan aku di Malaysia, berhenti kerja hanya semata2 tidak dapat menunaikan fardu Jumaat. hebat...hebat....kerana solat Jumaat adalah fardu ain,haram berjual beli pada waktu tersebut...

Sebenarnya aku rasa solat jumaat ini boleh diadakan di tempat keje dan banyak faedah dan kebaikan yang boleh diterima samada majikan atau pekerja. Salah satunya pekerja tak perlu untuk keluar dan waktu kerja boleh dijimatkan. Dan tak perlulah diadakan di masjid jamik saja spt di Malaysia tu kerana tidak termasuk dalam syarat sah solat jumaat pun. Seperkara lagi di Titan tu lagilah selesa sbb dah ada surau sendiri..luas dan selesa berbanding dengan surau di control room borouge...kecil tetapi jemaahnya ,masallah ramainya. Saper2 yang dilantik sbg JCC bolehlah bawak perkara ni ke top mgmt. Sekurang2nya adalah usaha untuk menyelamatkan umat islam,tapi kalau mgmt dah reject tak bolehlah buat apa2. Kalau nak swap shift hanya untuk beberapa orang saja org islam yang selamat ,tapi yang lain........mcmana..?????

Aku rasa ramai jugak JCC tu hebat2 belaka, biarlah berbaloi dapat elaun tu...bolehlah bawak perkara ke atas sebelum orang ATAS (Allah) tu panggil kita.



Free Counters



Free Counters



Sunday, February 7, 2010

Nun Jim Ha

Itulah huruf jawi yang tertulis di atas kertas checklist ujian memandu aku. Najah bermaksud lulus dalam bahasa malaysia atau passed dalam bahasa inggeris. Ujian memandu dalam kategori Automatik dan hampir 40 orang yang mengambil ujian hari ini termasuk rakyat tempatan. Yang menariknya jumlah calon yang lulus lebih kurang 10 0rang aje termasuk yang empunya diri.
Masuk ajer ke kereta ,dua orang polis sudah bersedia untuk untu menguji aku. Polis di hadapan bertugas sebagai pemberi arahan dan yang berkaitan dengannya dan polis dibelakangku pulak sebagai pemerhati sekiranya pemandu tidak peka kepada signboard,roadmarker dll. Setelah masuk aje kereta dan mereka tengok data diri aku, polis disebelah aku pun berkata "malaysian" dan bertanya sambil bergurau mengenai nama aku "Bahrin". So aku wat la muka hensem untuk menambat hati polis tu. Manalah tau dia ada anak sedara perempuan, bolelah masuk jarum..kah..kah.. selepas memberi arahan supaya aku membuat U-turn dan melepasi dua roundabout ,disuruhnya aku berenti di tepi jalan dan terus memberi keputusan nun-jim-ha.
So lepas la satu maslah aku kat sini kerana untuk mendapatkan lesen kat sini umpama seperti nak masuk pertandingan Malaysian Idol.....mcm2 songel
Kepada rakan2 yang belum lulus lagi ,harap bersabar dan teruskan usaha,semuga berjaya.....
Free Counters


Free Counters



Tuesday, February 2, 2010

aktiviti petang

seronok giler la tu......
aktiviti petang sabtu..................

pekena karipap hand made..


Salam,



Aktiviti yang sememangnya sama hampir setiap hari di sini boleh membuatkan jiwa jadi kacau. Nasib baik ada family di sini buat pengubat jiwa.. Dan yang paling utama tidaklah terasa sangat jauh dari Malaysia. Keluarga juga sudah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini. Isteri pulak persis orang Indonesia sebab rakan2nya adalah orang Indonesia( isteri pekerja2 borouge) kebetulan pulak jiran aku juga adalah Ismanto(bekas pekerja Sabic) dan sekarang bekerja dengan Borouge dan isterinya juga rapat dengan isteri aku. Juga anak2nya juga selalu bermain di rumah aku. Selalu jugaklah merasa masakan Indonesia (bertukar2 piring). Pelat isteri dah macam orang Indonesia.



Sedang menunggu 'Permanent Residence Visa' untuk family yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen. Proses permohonan di jabatan tersebut,Alhamdulillah di permudahkan. Apabila aku serahkan borang permohonan kepada officer,lalu officer itu tengok atas dan bawah dan kemudian dia berkata "malaysian" dan aku pun menjawab "aiwa"(aku sendiri pun tak tahu maknanya) dan seterusnya dia menunjukkan isyarat jempool(bagus).lalu terus ajer dia tandatangan dan berkata "khalas". dan suruh tunggu dalam masa seminggu. Aikkk...mudahlah pulak...walaupun bayarannya agak mahal iaitu AED1900. (Boleh claim dengan borouge)



Mengenai anak2 pulak- masih belum bersekolah kerana sesi persekolahan hanya akan bermula pada september ni. Sekarang ni tengah proses buat rayuan agar mereka diterima masuk pada pertengahan Februari ini. Aku berharap sangat agar mereka boleh bersekolah seperti biasa dan jika tidak ia akan menjadi masalah pada mereka kerana akan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Hanya sedikit latihan melalui internet saja dilakukan setiap hari. Seperkara lagi jika mereka tidak diterima bersekolah pd Februari ini, aku terpaksa membuat rayuan di Ministry of Education di Abu Dhabi kerana peraturan di sini ialah murid2 tidak boleh bercuti lebih dari 3bulan sebelum diterima masuk ke sekolah kerajaan atau swasta.



Mengenai lesen memandu pulak, ujian jalanraya akan diadakan pada 7 hb februari akan datang. mintak dipermudahkan,Insyallah.

Free Counters



Free Counters