Sunday, January 3, 2010

Malaysiaku, sebelum dan selepas 31 Dec 09

Jika sebelum 31 Disember 2009, Allah di Malaysia merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa, Tidak beranak dan diperanakkan, Tidak bergantung kepada segala sesuatu dan tiada yang setara dengan-Nya. Maka kini, 1 January 2010, semua itu berubah. Allah di Malaysia bakal merujuk kepada Tuhan Tiga Dalam Satu, Tuhan Yang beranak dan diperanakkan, Tuhan yang bergantung kepada segala sesuatu, Tuhan yang ada makhluk lain yang serupa denganNya dan lebih malang lagi, namaNya yang suci disabitkan dengan berhala-berhala buatan manusia. Ini merupakan satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana orang Arab sebelum zaman Rasulullah, semasa zaman Rasulullah dan selepas zaman Rasulullah. Mereka tidak pernah sekalipun menyabitkan Allah dengan berhala-berhala kaku. (dipetik dari satuhala.blogspot.com)

p/s: Bagaimana reaksi kita yang mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Free Counters



Free Counters



No comments: