Friday, January 8, 2010

Malaysia Boley..


Lawan tetap lawan. Tahniah kepada pasukan kebangsaan Malaysia walaupun tewas 0-1 kepada UAE pada perlawanan kelayakan piala Asia di Dubai semalam. Sudah lama tidak menyaksikan perlawanan yang membabitkan pasukan Malaysia ini dan hanya mendengar kehebatannya selepas berjaya merangkul Emas di sukan SEA yang lalu. Sebenarnya aku mendapat email dari kedutaan Malaysia di Abu Dhabi menyatakan sesiapa yang berminat untuk memberi sokongan kepada Malaysia harap berkumpul di Abu Dhabi dan mereka akan konvoi ke Dubai bersama2 rakyat Malaysia yang tinggal di Abu Dhabi. Memandangkan hari tersebut adalah hari bekerja,sukar untuk aku sekeluarga untuk pergi ke Dubai walaupun anak2 aku bersemangat untuk ke sana. Tapi aku bernasib baik kerana ada siaran langsung di Abu Dhabi Sport Channel. Maka dapatlah aku menyaksikan kehebatan Malaysia dan jaringan pasukan UAE pada minit 93 membuktikan kehebatan Malaysia tu. Terdapat jugak pergerakan yang cantik dari pasukan Malaysia yang hampir menghasilkan gol. Juga penjaga gol Malaysia (ntah sape namanya) yang beraksi cemerlang dan byk menyelamatkan keadaan. Dan yang pasti kekalahan Malaysia pada malam itu ialah kerana udara nipis disebabkan lubang hidung mereka tak sebesar lubang hidung arab badwi tu. (Stamina la tu)....Malaysia Boley........1malaysia. Oooppps, 0 Malaysia 1 UAE

Free Counters



Free Counters


No comments: