Selepas itu terpaksa menghadiri classroom(Teori) selama dua hari (8 modul). Bayarannya adalah AED830. Selepas menghadiri kelas teori, terpaksalah pulak untuk menduduki ujian bertulis. Soalan objektif sebanyak 35 soalan dan perlu dihabiskan dalam masa 1/2 jam. Nasib baik lah lulus dan pengorbanan selama 3 kali pergi ke Tarif nampaknya berbaloi. (Walaupun ada ketikanya sakit hati dibuatnya). Walaupun ujian bertulis itu hanya mengambil masa 1/2 jam tapi aku terpaksa mengambil masa 1/2hari untuk sampai ke rumah....
Insyallah, ujian memandu akan diadakan pada 7 Februari yang akan datang ni. Untuk ujian memandu di sini, 2 kategori disediakan iaitu manual dan automatik. Saper2 yang lulus untuk setiap kategori automatik hanya dibenarkan memandu kereta tranmissi automatik saja tetapi sesiapa yang mengambil kategori manual dibenarkan membawa kenderaan automatik dan juga manual. Ntah ap2 ntah.......So, aku hanya mendaftarkan diri untuk kenderaan automatik... untung sabut timbul,untung batu tenggelam. Takut tak timbul pulak nanti
Free Counters
No comments:
Post a Comment