Saturday, January 23, 2010

Sarah Aqilah


Selamt Hari lahir,sarah
19 januari, genap umur sarah 8 tahun dan kami sekeluarga menyambutnya di gerai kecil di Ruwais Housing. Semuga panjang umur,murah rezeki dan bertambah ilmu

Free Counters



Free Counters


Tuesday, January 19, 2010

Lesen memandu

Minggu lepas adalah minggu yang agak sibuk bagi aku. Urusan "open fail" untuk lesen memandu yang pejabatnya terletak kira2 100km dari Ruwais. Tarif nama tempatnya. Sekali lagi masalah pengangkutan menjadi masalah utama. Setelah urusan open fail selesai, aku terpaksa menunggu bas awam untuk pulang ke Ruwais. Nama pun bas awam, jd layanan juga menjadi awam, haruman juga menjadi awam (ala-ala kacukan India,pakistan,Bangla,nepal semuanya ada), terpaksa terima ajelah. Bau kambing ada,bau lembu pun ada, bau kasturi pun ada(aku lah tu). Kalau bersopan santun macam kat Malaysia jawabnya memang sampai ke malam la tak sampai ke rumah. Terpaksalah berebut2 untuk naik bas.
Selepas itu terpaksa menghadiri classroom(Teori) selama dua hari (8 modul). Bayarannya adalah AED830. Selepas menghadiri kelas teori, terpaksalah pulak untuk menduduki ujian bertulis. Soalan objektif sebanyak 35 soalan dan perlu dihabiskan dalam masa 1/2 jam. Nasib baik lah lulus dan pengorbanan selama 3 kali pergi ke Tarif nampaknya berbaloi. (Walaupun ada ketikanya sakit hati dibuatnya). Walaupun ujian bertulis itu hanya mengambil masa 1/2 jam tapi aku terpaksa mengambil masa 1/2hari untuk sampai ke rumah....
Insyallah, ujian memandu akan diadakan pada 7 Februari yang akan datang ni. Untuk ujian memandu di sini, 2 kategori disediakan iaitu manual dan automatik. Saper2 yang lulus untuk setiap kategori automatik hanya dibenarkan memandu kereta tranmissi automatik saja tetapi sesiapa yang mengambil kategori manual dibenarkan membawa kenderaan automatik dan juga manual. Ntah ap2 ntah.......So, aku hanya mendaftarkan diri untuk kenderaan automatik... untung sabut timbul,untung batu tenggelam. Takut tak timbul pulak nanti
Free Counters



Free Counters



Friday, January 8, 2010

Malaysia Boley..


Lawan tetap lawan. Tahniah kepada pasukan kebangsaan Malaysia walaupun tewas 0-1 kepada UAE pada perlawanan kelayakan piala Asia di Dubai semalam. Sudah lama tidak menyaksikan perlawanan yang membabitkan pasukan Malaysia ini dan hanya mendengar kehebatannya selepas berjaya merangkul Emas di sukan SEA yang lalu. Sebenarnya aku mendapat email dari kedutaan Malaysia di Abu Dhabi menyatakan sesiapa yang berminat untuk memberi sokongan kepada Malaysia harap berkumpul di Abu Dhabi dan mereka akan konvoi ke Dubai bersama2 rakyat Malaysia yang tinggal di Abu Dhabi. Memandangkan hari tersebut adalah hari bekerja,sukar untuk aku sekeluarga untuk pergi ke Dubai walaupun anak2 aku bersemangat untuk ke sana. Tapi aku bernasib baik kerana ada siaran langsung di Abu Dhabi Sport Channel. Maka dapatlah aku menyaksikan kehebatan Malaysia dan jaringan pasukan UAE pada minit 93 membuktikan kehebatan Malaysia tu. Terdapat jugak pergerakan yang cantik dari pasukan Malaysia yang hampir menghasilkan gol. Juga penjaga gol Malaysia (ntah sape namanya) yang beraksi cemerlang dan byk menyelamatkan keadaan. Dan yang pasti kekalahan Malaysia pada malam itu ialah kerana udara nipis disebabkan lubang hidung mereka tak sebesar lubang hidung arab badwi tu. (Stamina la tu)....Malaysia Boley........1malaysia. Oooppps, 0 Malaysia 1 UAE

Free Counters



Free Counters


Tuesday, January 5, 2010

Sendayu Tinggi menjadi lebih tinggi

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang. Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain. Nilai sepuluh sen Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah. Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu. Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk. Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

part yg paling sedih

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.
Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan. Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.
Kini mula berpurdah Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat. Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ . Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini. Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

p/s: Peringatan kepada kita

Free Counters



Free Counters



Sunday, January 3, 2010

Malaysiaku, sebelum dan selepas 31 Dec 09

Jika sebelum 31 Disember 2009, Allah di Malaysia merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa, Tidak beranak dan diperanakkan, Tidak bergantung kepada segala sesuatu dan tiada yang setara dengan-Nya. Maka kini, 1 January 2010, semua itu berubah. Allah di Malaysia bakal merujuk kepada Tuhan Tiga Dalam Satu, Tuhan Yang beranak dan diperanakkan, Tuhan yang bergantung kepada segala sesuatu, Tuhan yang ada makhluk lain yang serupa denganNya dan lebih malang lagi, namaNya yang suci disabitkan dengan berhala-berhala buatan manusia. Ini merupakan satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana orang Arab sebelum zaman Rasulullah, semasa zaman Rasulullah dan selepas zaman Rasulullah. Mereka tidak pernah sekalipun menyabitkan Allah dengan berhala-berhala kaku. (dipetik dari satuhala.blogspot.com)

p/s: Bagaimana reaksi kita yang mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Free Counters



Free Counters



Saturday, January 2, 2010

Borouge Family Day 2009







Borouge family day diadakan di pantai Danat di Ruwais pada 26 Dec yanglalu. Seronok jugak dapat tengok anak2 lepas geram menikmati permainan di sini. Bermula pada pukul 1000 pagi dan berakhir pada pukul 1730 ptg.

Free Counters



Free Counters


Friday, January 1, 2010

Gaban....


Bosan tahap gaban.....Itulah yg boleh aku cakapkan mengenai suasana pekerjaan di sini melayan kerenah sapi2 yang sangat pandai berlakon. Nasib baiklah ada rakan2 Indonesia yang banyak membantu. Sebenarnya mereka juga sudah bosan dengan sapi2 ni tapi mereka pendamkan dalam hati perasaan tu...
Memang benar, mereka sangat pandai berlakon mengalahkan shah Rukh Khan. Memang menjadi. Pepatah mengatakan lembu punya susu sapi dapat nama...... memang benar2 terjadi di sini,terutama di Borouge 2.

Free Counters



Free Counters