Agak2 abg dapat berapa A? mesej yang diterima dari bini aku. Walaupun sedang sibuk wat punchlisting kat plant,sempat jugak aku balas mesej bini aku tu..
Alhamdulillah,tak ku sangka pulak itu keputusan UPSR untuk anak aku tahun ni. Bukan keputusan yang aku kagum tapi semangat dia tu yang lebih aku kagumkan. Dari seorang yang agak ketinggalan tahun lepas(dapat nombor dua dari belakang), anak aku sorang ni boleh catch up balik pada tahun ni. Itu pun selepas aku masukkan ke Pusat Tuisyen Selayang di Taman Pasir Putih. Dengan izin Allah, Memang nampak sangat perubahan dari seorang yang selalu lalai kepada seorang yang proaktif. Terima kasih cikgu Zan dan cikgu Bad.
Tahniah ,izzul. Perjalanan masih jauh, banyak lagi yang harus ditempuhi. Keputusan hari ini tidak menjamin kejayaan hari esok tapi kejayaan hari ini mencerminkan keputusan semalam. Bermadahlah pulak..
Terima kasih jugak kepada semua tenaga pengajar di SK Taman pasir Putih,jasa cikgu-cikgi,hanya tuhan saja yang dapat membalasnya dan berharap Izzul akan menjadi seorang yang bertakwa ,beriman dan berjasa kepada agama,bangsa dan negara,Insyallah.
No comments:
Post a Comment