Friday, November 6, 2009

Selamat Tinggal Caravan Camp

Kenangan 6 bulan di sini
Selamat Tinggal Caravan. Kah...kah..kahh...

Salam


Setelah hampir 6 bulan menjadi penghuni tetap Caravan Camp, maka dengan rasminya aku telah berpindah ke perumahan baru di Ruwais Housing Complex. Rumah ni terpaksalah diisi dengan perabot dan peralatan rumah bagi mengelakkan ianya berdengung..maklumlah rumah baru. Buat masa ni, pintu rumah ni lebih banyak dari barangan kepunyaan aku. Rumah ni saja mempunyai 13 pintu. Tak tau pulak kenapa dia design macam tu. Ruang tamu ada pintu,dapur ada pintu,main entrance jer ada 3 pintu.


Berpindahnya ke rumah baru, maka semua keistimewaan yang ditelah diterima, ditarik balik. Tiada lagi makan free tiap hari,tiada lagi dobi free,tak de lah orang yang mengemas bilik. Semuanya kena buat sendiri. Hari2 makan nasik goreng di bawah rumah baru ini.


Banyak kenangan suka duka semasa menjadi penghuni Caravan Camp. Kawan2 seperti Pok Cha, Ali, Hafiz, Botax,azman mantalk,azman pilu banyak membantu semasa senang dan susah. Walaupun komuniti Malaysia hanyalah berjumlah 13 orang di Ruwais tapi macam 130 orang pulak. Kalau ada masakan Malaysia oleh Hafiz dan Botax dah tentu tempat makan tu di 'takluk' oleh Malaysian, tercengang jugak pak arab.


Buat masa ni terpaksalah order dulu di kedai untuk makan sementara menunggu keluarga sampai pada awal disember ini , insyallah. Segala urusan visa untuk family aku sedang diuruskan. Sebenarnya segala urusan visa ini boleh dibuat oleh borouge,tapi oleh kerana aku akan kembali ke malaysia pada Idul Adha ini,maka segala urusan aku lakukan sendiri,sbb jika aku serahkan kpd mereka, urusan 2 hari boleh jadi sampai 2 bulan baru aku terima visa tu.


Kerja semakin bertambah, boleh dikatakan tiap2 hari kena pergi site sbb dah start punchlisting. Satu boiler dah start. Tapi yang seronok tengok bila manager masuk kat operations hall, semua orang mula mengelabah cari harness, suasana yang pada mula senyap menjadi macam plant trip pulak..semuanya berlakon...Tapi yang bestnyer malaysian wat macam plant kat malaysia pulak. Tenang ajer...boleh berborak kat pantry lagi,lepas tu isap rokok, lepas tu baru wat kerja...itulah orang cakap,"walaupun di mana pun kita berada ,budaya tu mesti dikekalkan".Kah...kah... Janji keje siap.

Free Counters



Free Counters


No comments: