Friday, November 13, 2009

Family Visa


Visa untuk family aku sudah diterima pada selasa yang lalu selepas dua hari aku submit borang permohonan di Pejabat Immigration Abu Dhabi. Permohonan pertama di pekan Ghayati ditolak dek kerana tidak buat pengesahan sijil nikah di Foreign Affair Dept. Sebenarnya aku sudah buat pengesahan di Kedutaan UAE,Kuala lumpur tapi kenapa pulak harus buat pengesahan di sini lagi. Keje gila semua nih. Seorang rakan dari Pakistan menasihati aku agar buat permohonan di Abu Dhabi. Tak banyak songel, katanya dalam bahasa pakistan. kah..kah.. Cuma yang perlu ada ialah sijil nikah original untuk ditunjukkan kepada pegawai imegresen tu. So bini aku kirimkan sijil nikah yang ori pada Adnan Yues yang baru sampai dari KL.(Adnan adalah X-Titan yang sebelum ini keje di BASF,Kuantan dan baru joint borouge pada 7 hb yang lepas). Apabila aku ajukan permohonan aku, officer tu terus ajer approvekan visa family aku dan visa nya akan dihantar dengan Empost(poslaju kalau di Malaysia) ke rumah aku. Next step ialah deal ngan HR untuk request tiket kapalterbang family aku. Insyallah dipermudahkan...

Free Counters



Free Counters

No comments: