Thursday, August 13, 2009

Makan

Pekena nasik putih di Restoran Sari rasa(indonesia) di Abu Dhabi bersama Raat(topi),Hafiz dan Ijat Aloq Staq
Pekena Roti Yaman di Restoran sila di Pekan Ruwais. Ali Sosi(kiri sekali),Isa dan pemain Argentina tu dah pekena roti Yamani,lupa anak bini... sampai licin dibuatnya kari kambing

Ni pulak di restoran Thai di Eldarado,Abu Dhabi. Pekena Tom Yam Kung sampai berasap kepala dibuatnya. Yang bertopi tu adalah budak Muar yang telah di'Taiping'kan. Azman namanya

Sebelum ramadhan menjelma,sebelum lidah terjelir maka di sini di muaturunkan foto-foto yang berorientasikan Makan. Sebenarnya ini adalah aktiviti paling utama sepanjang berada di Ruwais nih. Bernasib baik kerana group aku ada tukang masak yang mempunyai air tangan yang tak kurang hebatnya iaitu Hafiz dan Nizam. Mereka yang menjadi chief tetap sepanjang berada di Caravan Camp ni,walaupun makanan disediakan oleh Adnoc tetapi selera orang melayu lain citarasanya. Maka terjadinya kari ayam versi malaysia,Tom yam ayam,lemak cili padi, dan yang terbaru adalah bubur kacang durian...slurrrrrp. Aku ada beri pertolongan juga tolong makan ajer.....Selamt Menyambut Ramadhan AlMubarak,semuga bertambah amal.




No comments: