Thursday, August 27, 2009

Bazar Ramadhan

Memilih juadah berbuka puasa
Di hadapan pejabat Kedutaan Malaysia,Abu Dhabi
Dengan cuaca yang agak panas (lebih kurang 38DegC) menjadikan puasa pada kali ini amat mencabar sekali . Ada ketika terpaksa pergi ke site buat punch listing hingga terjelir lidah dibuatnya. Apa nak buat, cari rezeki untuk keluarga, terpaksalah berkorban. Sabar...Yin...sabar.... (kata Qarat)
Walaupun waktu kerja dipendekkan (waktu pulang pukul 2.30ptg untuk hari ahad,isnin dan selasa dan pukul 1.30ptg untuk hari rabu dan khamis),tetapi hangat mentari tu boleh mendatangkan perasaan yang tidak tentu arah. Mulalah terbayang muka brother yang jual cendol pulut di Taman Pasir Putih. Maka terbayanglah juga air bandung cincau,air nenas dan macam2 air lagi.
Tidak akan jumpa bazar ramadhan di sini. Untuk melepaskan rindu pada Malaysia,terpaksalah pergi ke Abu Dhabi kerana Kedutaan Malaysia ada membuat Bazar ramadhan di sana. Ramai juga pengunjung yang terdiri dari rakyat Malaysia di UAE ini. Peniaganya juga adalah dari kalangan rakyat Malaysia yang telah bermastautin di sini. Ada dijual makanan citarasa Malaysia spt Mee kari,Tauhu sumbat,ikan bakar dll. Cuma yang berbezanya adalah harganya. Mahal giler...
Hari2 biasa berbuka bersama rakan2 di Caravan Camp ni. Terkadang teringat juga family kat Malaysia. Insyallah minggu depan(4 Sept) dapatlah aku balik jumpa keluarga dan berhari raya bersama mereka. Bolehlah aku berbuka dan bersahur bersama2 anak2 dan isteri.
Balik kampung..oh...oh balik kampung

Free Counters



Free Counters



No comments: