Saturday, August 29, 2009

Rehatkan minda

KESAH AJANG CERITA KITA
adalah dikesahkan
ajang pun dilahirkan lalu ajang dibesarkan
lalu ajang disekolahkan
lalu ajang diuji dan dipereksa
lalu ajang lulus ujian
gembiralah satu keluarga
gembiralah ajang se ajang-ajnangnya
ajang pun belajar lagi
diuji dan diperiksa
ajang pun luluslah ajang pun dilamar bekerja
maka bekerjalah ajang
berbaris dan beratur dijalan raya
bangun dari tidor untuk menjual tenaga
sebulan sekali menerimah upah
lalu ajang membeli tv
untuk rehat dan bersenang hati

setiap hari beratur berbaris dijalan raya
bangun untuk menjual tenaga
dihujung minggu ajang berehat buntang mata menonton tv
duit terkumpul lagi lalu membeli kereta sebelum mencari bini
berbaris beratus dijalan raya
bagun dari tidor untuk menjual masa dan tenaga
agar dapat bayar hutang kereta dan rumah sewa

lalu ajang pun berbinilah
bangun pagi berasak asak menjual tenaga
untuk membayar kereta dan rumah sewa
lalu ajang dan isteri menjadi cerdik
tak perlu bayar sewa kalau rumah dimiliki
lalu mereka berhutang lagi untuk membayar kereta dan hutang bank
lalu mereka bangun pagi
berasak asak di jalan raya untuk memburuh
dan mengumpul duit nak jadi kaya

adalah dikesahkan anak pun lahir dan dibesarkan
lalu anak di anjangkan sekali lagi
lalu anak diajar agar dia pun bangun pagi
bangun berasak-asak dijalan raya bersedia cekap
bijak pandai untuk menjadi hamba kepada kerja

akhirnya anjang tua dan hendak mati
anjang terlantar dikatil
lalu anjang teringat
sebuah buku cinta yang dibelinya tetapi lupa tidak dibaca
lalu anjang teringat sekuntum bunga mawar
yang dia terlupa baunya
lalu anjang teringat sebuah pantai landai
sebuah tasik permai sebuah gunung berhutan
saekor burung belibis terbang menyambar
lalu dia teringat gesekan biola
dan tiupan seruling sawah dan gaung
hutan dan pacat

ajang memanggil anak datang
ingin menyampai pesan
lalu mereka pun berkumpul
ajang hanya sempat berkata – jangan jadi bodoh –semua tercengang
semua hairan
mereka menangis ajang telah hilang ingatan.
ajang mengulangi lagi – jangan jadi bodoh – lalu anjang mati

esoknya anak dan isteri bangun pagi pagi
berasak asak di jalan raya entah apa hendak dicari
mengulangi hidup berpusing-pusing
tak pernah sedar diri
hilang ingatan jadi injin bangun pagi
untuk beli kereta rumah dan tv


Dicopy dari:
tukartiub.blogspot.com

Untuk renungan diri sendiri

Tiada kena mengena dengan mereka yang telah hidup dan masih mati..

atau masih hidup dan telah mati. kah..kah...kah...
Free Counters


Free Counters



Thursday, August 27, 2009

Bazar Ramadhan

Memilih juadah berbuka puasa
Di hadapan pejabat Kedutaan Malaysia,Abu Dhabi
Dengan cuaca yang agak panas (lebih kurang 38DegC) menjadikan puasa pada kali ini amat mencabar sekali . Ada ketika terpaksa pergi ke site buat punch listing hingga terjelir lidah dibuatnya. Apa nak buat, cari rezeki untuk keluarga, terpaksalah berkorban. Sabar...Yin...sabar.... (kata Qarat)
Walaupun waktu kerja dipendekkan (waktu pulang pukul 2.30ptg untuk hari ahad,isnin dan selasa dan pukul 1.30ptg untuk hari rabu dan khamis),tetapi hangat mentari tu boleh mendatangkan perasaan yang tidak tentu arah. Mulalah terbayang muka brother yang jual cendol pulut di Taman Pasir Putih. Maka terbayanglah juga air bandung cincau,air nenas dan macam2 air lagi.
Tidak akan jumpa bazar ramadhan di sini. Untuk melepaskan rindu pada Malaysia,terpaksalah pergi ke Abu Dhabi kerana Kedutaan Malaysia ada membuat Bazar ramadhan di sana. Ramai juga pengunjung yang terdiri dari rakyat Malaysia di UAE ini. Peniaganya juga adalah dari kalangan rakyat Malaysia yang telah bermastautin di sini. Ada dijual makanan citarasa Malaysia spt Mee kari,Tauhu sumbat,ikan bakar dll. Cuma yang berbezanya adalah harganya. Mahal giler...
Hari2 biasa berbuka bersama rakan2 di Caravan Camp ni. Terkadang teringat juga family kat Malaysia. Insyallah minggu depan(4 Sept) dapatlah aku balik jumpa keluarga dan berhari raya bersama mereka. Bolehlah aku berbuka dan bersahur bersama2 anak2 dan isteri.
Balik kampung..oh...oh balik kampung

Free Counters



Free Counters



Thursday, August 20, 2009

Ramadhan....

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan selagi dia tidak melakukan hal-hal yang berikut
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat.dan dilakukan pada hari Jumaat.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. AKU MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA APA-APA KESILAPAN YANG TELAH DILAKUKAN SAMADA SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA. SEMUGA SEGALA AMALAN KITA DITERIMA OLEH NYA,INSYALLAH.RAMADHAN, KEHADIRAN MU MEMBERI RAHMAT KEPADA SEKELIAN UMAT MANUSIA


Thursday, August 13, 2009

Makan

Pekena nasik putih di Restoran Sari rasa(indonesia) di Abu Dhabi bersama Raat(topi),Hafiz dan Ijat Aloq Staq
Pekena Roti Yaman di Restoran sila di Pekan Ruwais. Ali Sosi(kiri sekali),Isa dan pemain Argentina tu dah pekena roti Yamani,lupa anak bini... sampai licin dibuatnya kari kambing

Ni pulak di restoran Thai di Eldarado,Abu Dhabi. Pekena Tom Yam Kung sampai berasap kepala dibuatnya. Yang bertopi tu adalah budak Muar yang telah di'Taiping'kan. Azman namanya

Sebelum ramadhan menjelma,sebelum lidah terjelir maka di sini di muaturunkan foto-foto yang berorientasikan Makan. Sebenarnya ini adalah aktiviti paling utama sepanjang berada di Ruwais nih. Bernasib baik kerana group aku ada tukang masak yang mempunyai air tangan yang tak kurang hebatnya iaitu Hafiz dan Nizam. Mereka yang menjadi chief tetap sepanjang berada di Caravan Camp ni,walaupun makanan disediakan oleh Adnoc tetapi selera orang melayu lain citarasanya. Maka terjadinya kari ayam versi malaysia,Tom yam ayam,lemak cili padi, dan yang terbaru adalah bubur kacang durian...slurrrrrp. Aku ada beri pertolongan juga tolong makan ajer.....Selamt Menyambut Ramadhan AlMubarak,semuga bertambah amal.




Sunday, August 9, 2009

Selamat Hari Lahir, Aiman


Aiman(belakang) bersama Ammar

6 Ogos - hari lahir anakku Muhammad Aiman Iskandar yang ke-10. Buat pertama kalinya aku tidak dapat bersama isteri dan anak2 yang lain meraikannya. Hanya doa dan ucapan yg dapat dikirimkan . Ayah doakan Semuga panjang umur,murah rezeki,ditetapkan iman dan terang hatinya,insyallah.

Saturday, August 8, 2009

Training,Training,Training

Bersama rakan dari Indonesia
"alamak..."Perlahan-perlahan... " perkataan yg selalu keluar dr mulut trainer ni. Pernah keje kat Malaysia.

Posing di Training Camp


Sepanjang minggu lepas dihabiskan di training Center di Ghayati. So bolehlah skip buat inspection di plant. Compressor Training ini di conduct oleh Mitsubishi Heavy Ind,Japan. Trainer juga didatangkan khas dari Jepun. Pernah bekerja di Malaysia dan perkataan "alamak","perlahan2" "selamat pagi" dan "Assalamualaikum" selalu diucapkan.