Tuesday, April 14, 2009

Yang lepas jadikan sejarah

Bersama YB Tuan Hj Sidi (Bakal shift supervisor yansab) kah...kah...kah.....


salam,
28/3/09 - Pukul 2.00 ptg, satu sejarah peribadi tercipta, bukan dapat pingat emas ke, dapat kawin dengan anak raja ke, tapi sejarah bagi anak watan kongkong,yg mana pada tarikh tersebut aku telah meletakkan jawatan sebagai kakitangan syarikat petrokimia ,Titan Petchem. Walaupun berat nak buat keputusan,tapi setelah aku fikir dan pertimbangkan selama bebarapa bulan dan memohon petunjuk dari yang Berkuasa dan Maha Mengetahui, maka aku telah membuat satu keputusan yang pasti menjadi tanda tanya bagi rakan2 seperjuangan.
Segala kebaikan dan keburukan telah aku ambilkira sebelum membuat keputusan ini dan semestinya keputusan ini mempunyai risiko yang pastinya akan ditanggung oleh aku dan keluarga aku.
Kepada Bos kecik,Bos Besar,supertendent,supervisor,engineer,Assistant Supervisor,Lead Technician,Senior Technician,Trainee Technician aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kalian kerana telah menjadikan aku seperti sekarang nih.
Sebenarnya masih ada lagi rakan2 yang tak percaya aku telah meletakkan jawatan tapi ingin aku tegaskan di sini bahawa aku mesti lakukan ini untuk kebaikan aku dan rakan2 jugak..Dan dalam masa yang sama ianya memberi peluang kepada rakan2 untuk mendapat promotion dan meningkatkan motivasi diri masing2.




Free Counters



Free Counters




No comments: