Tuesday, April 28, 2009

Medical Check up

Salam
Semalam kami pergi buat medical check up dekat hospital kerajaan sbagai memenuhi syarat kelayakan untuk bekerja di UAE. Aku bersama 2 orang Indian dan seorang Indonesia pergi dengan menaiki teksi sapu (kalau kat KL di panggil private sapu). Dalam hati aku kat sini pun ada kereta sapu. Setelah menunggu teksi hampir 10 minit kerana semuanya dah ada penumpang,tiba2 teksi sapu ni berhenti di hadapan kami dan bertanya tujuan kami. Selepas deal,tambang dr10 dikenakan.
Sampai di hospital kerajaan ni, aku terkejut sbb aku terpaksa mengambil no giliran secara manual. Ramai orang asing di sini yang membuat urusan di sini terutama dari india dan pakistan. Pada mulanya aku menyangka bahawa urusan mungkin akan menjadi sukar tapi tak sangka pulak urusan siap dalam tempoh kurang 1 jam. Kalau kat hospital kerajaan di Malaysia mungkin 1 hari baru siap keseluruhannya. Sbbnya adalah krn pegawai kerajaan mereka kerja macam di bank. Apabila ramai orang beratur untuk membuat urusan,maka ketua jabatan diorg akan datang untuk memastikan urusan dilakukan dengan cepat. Hospital ini mempunyai bilik untuk ujian darah yang banyak so proses pengambilan darah tidak mempunyai masalah dan tempat Xray juga banyak. Tapi yang paling penting attitude pekerja kerajaan mereka tu. professional giler..
Lepas siap medcal check up,kami pergi pejabat Borouge untuk membuat akaun Bank. Officer bank tu yang pelawa aku dan Rasdan masuk dan dilayan dengan baik, walaupun officer mereka adalah perempuan. Selepas siap mengisi data,aku diminta agar bersiar2 dahulu kerana proses mendapatkan no akaun memakan masa lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu aku pun pergi ke Borouge Office untuk ambil Advance Cash dr2k. Bolehlah hidup sikit kat sini..hingga hujung bulan ni, Insyallah. Dengan kos yang mahal,terpaksalah berjimat sikit. Walaupun Borouge memberi dr150 sehari semasa menginap di hotel ini selama 14 hari. Duit tu pun akan di bayar apabila semua proses perpindahan ke Ruwais selesai. Nombor akaun aku dan Rasdan mereka hantar melalui SMS aje....
Setelah selesai proses buat akaun bank dan dalam tangan pun ada dr2k, apa lagi terus ke Marina Mall, tempat orang kaya bershopping sakan. Kami bertiga shopping juga tapi window shopping jugak la. Kat sini kalau sape2 yang iman tak kuat baik tak yah pergi sbb kat sini kita dapat jumpa minah arab yang moden2 datang shopping. Nasib baik baik iman aku kuat sikit..so boleh lah tahan sikit..perghhhhh...

Ok jumpa lagi

Free Counters



Free Counters

No comments: