Thursday, April 30, 2009

Nasik......Nasik......nasik.....

Sejuk....Panas....Sejuk.......Panas......

Itulah yg aku alami semenjak 2,3 hari yang lalu. Selsema pulok.. Tak taulah mungkin demam peralihan cuaca ke,demam teringatkan keluarga ke atau demam tak cukup rehat kerana sehari suntuk bantai berjalan aje bersama rakan2. Mungkin ketiga faktor tersebut memainkan peranan serentak.

Semalam sehari suntuk lepak kat hotel layan tido,tv,tido lagi, berlengkar(amik ayat Nizam), skype dgn anak2 dan isteri. Pada sebelah malam barulah pergi cari nasik kat Abu Dhabi Mall ( restorant Indonesia).

Di sini, kita akan jumpa ramai org indonesia,malaysia,singapura datang untuk makan lauk-pauk ala2 malaysia..average harganya untuk makan tghari ialah AED20.
Kalau ambil banyak lauk lagi tinggi harganya.
Perut aku selagi tak dapat makan nasik selagi tu macam tak puas aje.. maklumlah perut orang bugis... so kat sinilah utk aku melepas gian dpt nasik..

Semuga hari mendatang akan dipermudahkannya,Insyallah....


Free Counters



Free Counters



Wednesday, April 29, 2009

Tuesday, April 28, 2009

Medical Check up

Salam
Semalam kami pergi buat medical check up dekat hospital kerajaan sbagai memenuhi syarat kelayakan untuk bekerja di UAE. Aku bersama 2 orang Indian dan seorang Indonesia pergi dengan menaiki teksi sapu (kalau kat KL di panggil private sapu). Dalam hati aku kat sini pun ada kereta sapu. Setelah menunggu teksi hampir 10 minit kerana semuanya dah ada penumpang,tiba2 teksi sapu ni berhenti di hadapan kami dan bertanya tujuan kami. Selepas deal,tambang dr10 dikenakan.
Sampai di hospital kerajaan ni, aku terkejut sbb aku terpaksa mengambil no giliran secara manual. Ramai orang asing di sini yang membuat urusan di sini terutama dari india dan pakistan. Pada mulanya aku menyangka bahawa urusan mungkin akan menjadi sukar tapi tak sangka pulak urusan siap dalam tempoh kurang 1 jam. Kalau kat hospital kerajaan di Malaysia mungkin 1 hari baru siap keseluruhannya. Sbbnya adalah krn pegawai kerajaan mereka kerja macam di bank. Apabila ramai orang beratur untuk membuat urusan,maka ketua jabatan diorg akan datang untuk memastikan urusan dilakukan dengan cepat. Hospital ini mempunyai bilik untuk ujian darah yang banyak so proses pengambilan darah tidak mempunyai masalah dan tempat Xray juga banyak. Tapi yang paling penting attitude pekerja kerajaan mereka tu. professional giler..
Lepas siap medcal check up,kami pergi pejabat Borouge untuk membuat akaun Bank. Officer bank tu yang pelawa aku dan Rasdan masuk dan dilayan dengan baik, walaupun officer mereka adalah perempuan. Selepas siap mengisi data,aku diminta agar bersiar2 dahulu kerana proses mendapatkan no akaun memakan masa lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu aku pun pergi ke Borouge Office untuk ambil Advance Cash dr2k. Bolehlah hidup sikit kat sini..hingga hujung bulan ni, Insyallah. Dengan kos yang mahal,terpaksalah berjimat sikit. Walaupun Borouge memberi dr150 sehari semasa menginap di hotel ini selama 14 hari. Duit tu pun akan di bayar apabila semua proses perpindahan ke Ruwais selesai. Nombor akaun aku dan Rasdan mereka hantar melalui SMS aje....
Setelah selesai proses buat akaun bank dan dalam tangan pun ada dr2k, apa lagi terus ke Marina Mall, tempat orang kaya bershopping sakan. Kami bertiga shopping juga tapi window shopping jugak la. Kat sini kalau sape2 yang iman tak kuat baik tak yah pergi sbb kat sini kita dapat jumpa minah arab yang moden2 datang shopping. Nasib baik baik iman aku kuat sikit..so boleh lah tahan sikit..perghhhhh...

Ok jumpa lagi

Free Counters



Free Counters

Sunday, April 26, 2009

Abu Dhabi






Salam,


Oleh kerana tak de kerja lagi,so, bolehlah update selalu blog aku nih.


Semalam rakan2 yang telah sampai ke Ruwais pada 28 March yang lalu telah datang ke hotel kami dan membelanja kami nasik beryani India di Restoran India. Rakan2 dari optimal itu datang sejauh 240km dari Ruwais semata2 ingin berjumpa kami di Abu Dhabi ini. Terima kasih pada mereka....


Pagi semalam, hari pertama di Kota Abu Dhabi ini,tercari2 dimana hendak sarapan pagi. Maka masuklah ke restoran pak arab ni. Tempatnya tak grand sangat pun. Aku dan Rashdan orderlah roti john campur daging ayam dan daging kambing+ telur dadar dan sedikit sayur. Bila dah habis makan dan terkezut beruk kami apabila jumlahnya adalah Dirham41.00. Perghhh... rasa macam nak luahkan aje roti john tu... tapi tak apalah.....dah rezeki tokey kedai tu. Standard aku adalah macam makan kat pasar malam aje...


Cuaca kat Abu Dhabi sekarang ni adalah peralihan antara sejuk ke musim panas. Panasnya tak teruk sangat cuma macam kena microwave oven aje.....temperature lebih kurang 32DegC dan mempunyai kadar kelembapan tinggi. Bandarnya pulak tersusun rapi dan pemandu kat sini sopan2 belaka macam kat Pasir Gudang jugak. Lambat sikit horn pasti berbunyi..


Penduduknya ramah dan suka menegur orang luar dan suka bercerita jika mengetahui kita orang Malaysia..


Disebalik aku di sini

Rakan pejuang sayap kanan Titan
Penyokong setia aku....

Mentor aku .....



Saturday, April 25, 2009

Dari Kongkong ke Ruwais

24/4/09- Pukul 1840 hrs maka terbang lah aku ke Kuala Lumpur untuk menaiki pesawat Etihad Airways ke Abu Dhabi bersama Rashdan(pd mulanya tarik tali). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam dan sampai ke Abu Dhabi airpot pukul 1230 tgh malam waktu tempatan. Alhamdulillah semua dipermudahkan olehNya. Setiba di airpot ,aku dijemput oleh ejen dan membawa kami membuat imbasan mata oleh Jabatan imegresen dan seterusnya membawa kami melalui lorong VIP untuk membuat pemeriksaan pasport. Seterusnya dia membawa kami ke transpot department untuk di hantar ke hotel Al Maha Arjaan bertaraf 4 bintang di Abu dhabi. Urusan check in juga mudah kerana Borouge telah buat reservation terlebih dahulu. Dan kamiakan bermalam di hotel tersebut selama 13 hari sebelum urusan untuk ke Ruwais disiapkan oleh majikan. Insyallah
Terima kasih kepada ibu dan ayah aku yang telah menghantar aku ke Senai Airpot, maklumlah tidak pernah berpisah lama sejak dari lahir lagi dan aku faham situasi mereka. Juga kepada mak long aku.
Terima kasih kepada isteri aku yang banyak berkorban dan menjadi pengganti aku semasa ketiadaan aku disini. Banyak memberi perangsang kepada aku untuk terus kehadapan dan semuga ianya dirahmati,anak2 aku Izzul,Aiman,Sarah dan peminat setia Ultraman, Ammar.
Kepada adik beradik,terutama Bob yang akan menggantikan aku sebagai anak lelaki yang paling tua dalam keluarga.
T/kasih juga kepada rakan sekerja Titan terutama dari Shift A, yang diketui oleh ketua PAS nusa Damai,Nizam. Juga kepada Ujang,Kang Jaiman,Kitol,Abang Khai(walau pun pinggang dah 2nd hand pun masih boleh datang)Anuar,Amin,Zuraimi,Zulfadli dan ramai lagi. Gambar blum sempat nak upload sbb penat sgt la.
Ok. adios... dulu

Bahrin
4.30 pagi

Free Counters



Free Counters



Tuesday, April 14, 2009

Yang lepas jadikan sejarah

Bersama YB Tuan Hj Sidi (Bakal shift supervisor yansab) kah...kah...kah.....


salam,
28/3/09 - Pukul 2.00 ptg, satu sejarah peribadi tercipta, bukan dapat pingat emas ke, dapat kawin dengan anak raja ke, tapi sejarah bagi anak watan kongkong,yg mana pada tarikh tersebut aku telah meletakkan jawatan sebagai kakitangan syarikat petrokimia ,Titan Petchem. Walaupun berat nak buat keputusan,tapi setelah aku fikir dan pertimbangkan selama bebarapa bulan dan memohon petunjuk dari yang Berkuasa dan Maha Mengetahui, maka aku telah membuat satu keputusan yang pasti menjadi tanda tanya bagi rakan2 seperjuangan.
Segala kebaikan dan keburukan telah aku ambilkira sebelum membuat keputusan ini dan semestinya keputusan ini mempunyai risiko yang pastinya akan ditanggung oleh aku dan keluarga aku.
Kepada Bos kecik,Bos Besar,supertendent,supervisor,engineer,Assistant Supervisor,Lead Technician,Senior Technician,Trainee Technician aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kalian kerana telah menjadikan aku seperti sekarang nih.
Sebenarnya masih ada lagi rakan2 yang tak percaya aku telah meletakkan jawatan tapi ingin aku tegaskan di sini bahawa aku mesti lakukan ini untuk kebaikan aku dan rakan2 jugak..Dan dalam masa yang sama ianya memberi peluang kepada rakan2 untuk mendapat promotion dan meningkatkan motivasi diri masing2.




Free Counters



Free Counters