Friday, December 25, 2009

Yamani Bread

Free Counters

Sementara menunggu kedatangan roti Yamani, sempat berposing





Siap bersilang kaki si ammar bila pekena roti Yamani




Roti Yamani, sebesar 2 pinggan . Dengan kari kambing....
Untuk hilangkan rasa bosan , aku bersama family pekena roti Yamani di shabeeyat Restoran di Pekan Ruwais ni. Roti yang mempunyai keluasan 2 kali pinggan cukup untuk 3 orang makan (untuk sekeping roti). Pekena pulak ngan kari kambing..pergggh.

Friday, December 18, 2009

aktiviti di sini







Minngu lepas ke Hospital di Ghayati untuk membawa isteri buat pemeriksaan HIV. Ini adalah syarat utama untuk permohonan Residence Visa UAE. Residence visa ini sah untuk 3 tahun. Selepas ini aku harus menghantar permohonan residence visa kepada majikan dan ianya mengambil masa 2 minggu untuk disiapkan, itupun kalau officer incharge tu tak ambil cuti sakit atau cuti bini bersalin. Juga bergantung kepada nenek officer tu. Kalau neneknya meninggal dunia,maka permohonan itu mengambil masa hingga 2 bulan. Itulah kerenah2 yang dapat aku lihat sepanjang disini.



Bagi anak2 dan isteri,mereka semuanya ok sajer di sini. Aktiviti utama di sini adalah makan,tidur dan main games. Kekadang aku bawak mereka ke taman permainan berdekatan rumah aku di sini. Suka semacam ajer....



Monday, December 14, 2009

Malaysian family di Ruwais







Hari ini genap seminggu family aku di Ruwais. Secara kasarnya macam ok jer diorang kat sini. Sesekali dengar jugak komen "Ayah,asyik duduk rumah ajer". Sebenarnya kenderaan adalah masalah utama bagi aku di sini. Lesen memandu tak buat lagi ,so pergerakan terbatas. Terpaksalah sewa bas untuk kemana2.kah..kah..kah.. Untuk menghilangkan rasa boring , aku ajaklah diorang bermain2 di belakang rumah. Dapatlah diorang melepaskan gian pada kampung halaman. Bagi isteri aku pulak, rasanya macam home sick jugak dibuatnya. Sepertimana aku mula2 menjejaki kaki ke Ruwais buat kali pertama dulu. Perasaan rindu pada kampung halaman terlalu kuat. . Bagi diri aku pulak, kualiti kehidupan bertambah baik, maklumlah keluarga di depan mata. Sedikit sebanyak bolehlah aku pantau tingkah laku anak2. Boleh jugak aku mengajar alquran mana yang mampu. Apa yang aku harapkan adalah mereka cepat menyesuaikan diri dengan suasana yang amat berbeza di sini,Insyallah.
Maklumlah aku adalah keluarga Malaysian pertama di Ruwais ini, so banyak perkara2 baru yang akan ditempuhi kelak terutama dari segi komunikasi dan makanan. Tapi bak kata pepatah tak kan melayu hilang di dunia. Demi untuk mengekalkan kemelayuan itu maka stok belacan memang cukup untuk setahun di perantauan. pergghh..
Free Counters

Free Counters


Thursday, December 10, 2009

Satu hari perjalanan

1200 tghari - Senai Airpot

0845mlm - KLIA





0400 pagi- Abu Dhabi Airpot







Perjalanan ke Abu Dhabi sungguh meletihkan.Walaupun perjalanan KL-Abu dhabi hanya mengambil masa 7 jam tapi perjalanan dari Senai bermula pukul 1210 tghari dan terpaksa menunggu sehingga 2045hrs di Klia untuk berlepas ke Abu dhabi dan sampai di Abu Dhabi pada pukul 4 pagi waktu Malaysia. Setelah segala urusan visa dan imbasan mata dilakukan, kami bertolak dari Abu Dhabi Airpot ke Ruwais pada pukul 0600 pagi waktu malaysia(0200 pagi waktu UAE) dan sampai di Ruwais pukul 0800pagi waktu Malaysia(4pg waktu UAE). Tidor sekejap dan mula bertugas pada pukul 0730 pagi. Sungguh meletihkan.....



Hijrah Ke UAE




25 November - balik ke Malaysia lagi untuk merayakan idul Adha bersama keluarga dan seterusnya membawa bersama keluarga ke UAE. Sempat jugak mengadakan open house untuk rakan2 dan jiran tetangga sebelum berangkat ke UAE. Dapat jugak melepas rindu pada rakan2 lama. Terima kasih pada yang sudi datang dan pada yang tidak berkesempatan,insyallah kita akan jumpa di lain waktu.
5 Dec - Berlepas pulang ke UAE melalui senai airpot dan klia. Terima kasih kepada ibubapa,adik beradik kerana sudi menghantar aku ke airpot. Terima kasih jugak kepada Usop dan awie kerana sudi menghantar keluarga ke senai dan meminjamkan CRV untuk mengangkut barang2 ke airpot.