Janji Allah sememangnya benar,yang hidup semestinya merasai mati. Walaupun ianya terjadi kepada orang yang kita sayangi. Cuma yang berbeza adalah bila,bagaimana dan di mana. Dan giliran selepas ini mungkin kita..
Walaupun dalam masa yang amat terhad di Malaysia, aku masih dapat lagi menziarahi Allahyarham semasa dalam keadaan lemah di rumah, semasa di ICU di Johor Specialist dan sempat bersama sembahyang jenazah di Masjid jamik Pasir Gudang. Tapi tidak dapat bersama menghantar jenazah ke kampungnya segamat kerana terpaksa pulang ke UAE pada paginya.
Kepada keluarga Allahyarham, hanya ucapan takziah yang mampu aku ucapkan kerana aku tahu perasaan kalian adalah lebih berat utk di tanggung. Dan perkataan SABAR adalah kalimah hikmah yang pernah aku berikan kepada Allahyarham semasa hayatnya. Kerana ganjarannya amat besar. Allah akan menguji hambanya dan ganjaran akan diberi jika kesabaran menjadi pegangan. Ustaz Md ISa(Idola Allahyarham) dalam kuliahnya memberitahu setinggi tahap sabar adalah mati.
Dari bahrin dan sekeluarga..
1 comment:
TAKZIAH kepada keluarga Allayarham..
Post a Comment