Rasa baru jek semalam balik ke Malaysia, sekarang dah kembali ke Ruwais pulak dah. Cuti 2 minggu macam tak cukup buat aku ni. Rasa penat balik ke malaysia belum lagi hilang. Banyak lagi kerja tertangguh yang tidak sempat aku laksanakan semasa berada di Malaysia. Tetapi alhamdulillah dapatlah jugak balik ke tanah air walaupun baru dua bulan di UAE. Banyak jugak aktiviti yang dapat aku jalankan sepanjang berada di Kota Masai. Dapat jugak bertemu anak2 isteri,ibu bapak,adikberadik,kekawan dan jiran2. Sempat juga menguruskan dokumen anak2 dan isteriku di Kuala Lumpur iaitu urusan terjemahan, pengesahan di Wisma Putra dan juga kedutaan UAE di Malaysia.
Sempat juga menghadirkan diri ke sekolah anak2 aku untuk mengambil report kad mereka. Alhamdulillah ada peningkatan pada pelajaran mereka..
Dapatlah jugak membawa family ke Kuala Lumpur ajer untuk berlibur.... maklumlah waktu cuti sekolah yang lepas aku masih di UAE. So dapatlah mereka lepaskan geram di Kuala Lumpur dan lepas tu berjalan pulak di Singapura. Pekena Murtabak Singapura di Arab Street. seronok giler..Dan yang paling penting ialah dapat merasa asam pedas ikan sembilang hasil air tangan mak aku... peerggh,sampai menhirup di buatnya. Juga masakan isteri yang menjadi igauan semasa di UAE..
Sempat jugak balik ke Bukit Gambir,berjumpa mak mentua. Maklumlah menantu kesayangan katakan.....peeerghh.
Terlepas juga rindu pada rakan2 Titan dengan bersarapan dan Dinner di Today Market. Terima kasih pada Nizam yang bersusah payah mengatur semua perjumpaan itu. Terima kasih jugak pada Nain dan Chip yang sudi jugak datang bersama2 dinner tersebut. Rasa macam baru semalam ajer aku tinggalkan Titan. Terima kasih aku ucapkan kepada rakan2 yang sudi datang...Nak sebut nama terlalu ramai plak...
Kepada rakan2 yang tak sempat aku jumpa, aku mintak2 maaf banyak kerana masa terlalu terhad buat aku. Kalau boleh aku nak jumpa2 semua rakan2 titan kerana aku rasa korang dah macam adik-beradik pulak .
Terima kasih jugak kepada kontraktor kelas F ,Nizam kerana telah menjalankan projek wiring di rumah aku tempohari... Hanya tuhan saja yang dapat membalasnya.
Maklumlah masa yang terhad aku terpaksa bahagikan antara keluarga, rakan,urusan peribadi dan macam lagi, insyallah jika ada kesempatan kita akan bertemu lagi. Kemungkinan pada September nanti. Dan mungkin aku akan pulang ke Malaysia pada Ramadhan yang akan datang dan seterusnya menyambut Idul Fitri di Malaysia dan permohonan 3 minggu cuti sedang di proses. Dan Insyallah perkembangan memberangsangkan. Dan kalau ada kesempatan kita akan berbuka puasa bersama2,Insyallah. Dan kepada Mahfiz, sorilah sbb tak sempat berbual panjang..
Free Counters
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment