Sunday, June 19, 2011

ruwais update




Salam
Hampir setahun blog ni layu. Nak kata mati tidak dan nak kata hidup jugak tidak,umpama nyawa2 ikan. Hampir setahun jugak la anak2 dan isteri tak menjengah keluarga di Malaysia. Kepala rasanya sudah ke Malaya,tapi apakan daya...cari rezeki terpaksa lah berkorban. Hidup kami sekeluarga di sini ,seperti yang sudah2 ,kehidupan di padang pasir...rutin harian yang tidak banyak berbeza dengan tahun2 yang lepas..sehinggakan aku boleh advance planning apa yang aku akan lakukan minggu hadapan sbb sumanya hampir sama seperti apa yang aku lakukan hari ni...

Esok anak2 akan menghadapi Final Exam sebelum summer break bermula pd akhir june ini..Ammar,anak aku yg bongsu (kononnya), sudah rasa sebati hidup di sini. Rakan2 sepermainan jugak selalu bertandang ke rumah,tapi sesekali ada jugak berbunyi,bila nak balik malaysia. Anak2 aku yang lain,jugak seperti anak2 Ruwais yang lain,menikmati kehidupan yang dikelilingi padang pasir, Kehidupan yang tidak byk aktiviti spt anak2 di Malysia.

Cuaca panas sekarang,yg begitu sukar utk membandingkan sama ada ketawa atau menyeringai menahan panas. Terkadang aku terkeliru...Kurma sudah menampakkan warna kemerahan yang aku rasa sebulan lagi mmg masa yg terbaik untuk menuai (mcm padi la plak)..

Peristiwa yg paling hebat aku telah lakukan pd tahun ini ialah menunaikan umrah bersama keluarga pada bulan march yang lepas dengan menggunakan kereta. Perjalanan yang mengambil masa hampir 24 jam..sungguh memenatkan tapi sungguh menerujakan diri aku.. Apa tidaknya,doa kedua org tua aku sudah di makbulkan Allah ketika mereka mengerjakan umrah pada 2006 yang lalu. Berdoa di hadapan kaabah,agar aku sekeluarga dapat pergi ke baitullah. Mmg benar doa di hadapan kaabah akan dimakbulkan Allah. Perjalanan sejauh hampir 4000km pergi dan balik mmg memenatkan tapi apa yang aku inginkan tercapai sekurang2nya dpt melihat dgn mata kepala sendiri kaabah..Hebat mmg la hebat,subhanallah. Jika tak ada aral,akan aku postkan perjalanan aku ke Mekah dalam post yang akan datang

Berkenaan tempat kerja pulak, sekarang Borouge 3 sedang dalam construction selepas Borouge2 succesfully start up pd July tahun lepas..Bagi aku tidak ada apa yang hendak di update berkenaa tempat kerja...Recruitment campain kat malaysia ,pd may yang lepas telah berjaya mendapatkan ramai Malaysian utk bekerja di Borouge..Ramai jugak yang contact aku dan tak kurang jgak yang reject the offer....atas alasan masing2...aku cuma bg clear picture kat sini ,itu saja tp keputusan terletak pd tangan masing2.

Semenjak kami di sini, byk cerita yg diterima dr saudar mara di malaysia..dan Yang amat terasa sayu adalah berita yang semua org sukar menerima,iaitu kematian. ramai jugak sedara mara yang terlebih dahulu meninggalkan kami sekeluarga. Dan yang paling terharu ialah,kakak kepada isteri aku telah menemui Penciptanya pada January yang lepas, tapi apakan daya,kami tak dapat pulang..cuma ucapan dan sedekah Fatihah yang mampu diberikan dan semuga rohnya ditempatkan bersama2 org beriman...dan bg yg ingin merantau, perkara begini kena consider...

Dan tunggu update seterusnya..itu pun kalo rajin....

Free Counters
Free Counters