Thursday, October 22, 2009

Malaysian

Ruang tamu
Bilik Air


Ruang Dapur

No rumah baru













Lama tak Update blog ni. Letih,penat,rindu,dan mcm2 lagi antara faktor yg menyebabkan blog ni tak di updatekan. Buat masa ini aku di pindahkan ke satu section lain yang tak de kena mengena dengan proses. Integerated PreComm Management Team (IPMT), adalah satu department yg di create oleh Borouge untuk menjadi third party bg pihak operation antara Linde dan CCC(Contractor). Keje aku adalah memastikan agar segala piping ke, equipment ke, dan facilities di buat mengikut drawing dan bersesuaian dengan kehendak operation. So, terpaksalah follow ajer,dan terpaksalah panjat tower,merangkak kat celah2 piping, dan mcm2 lagi keje giler. Aku ditugaskan sebulan di dept nih. lepas nih akan digantikan oleh orang lain pulak.




Minggu lepas aku pergi ke pejabat ADNOC(bhg perumahan) di Ruwais dan berjumpa dengan person in charge di situ. Orang local.(kes bypass HR la ni) Dia layan aku mcm aku ni plak yang jd boss dia. Baik gilerr. Aku pun cerita masalah aku pasal rumah yg masih belum aku dapat kuncinya dari pihak Borouge. Dia suruh aku SMS dia jika minggu depan aku masih tak dapat rumah lagi dan dia suruh mention bahawa aku ni orang Malaysia dalam SMS tu, biar senang dia berurusan dengan pihak Borouge. Suka betul dia,bila aku menyatakan bahawa aku ni Malaysian. Bab ni yang sokong Najib nih...si bini Rosmah tu..




Isnin lepas, aku pergi ke HR bertanyakan pasal rumah tu. Masuk ajer pintu opis, officer yang incharge rumah tu(orang Arab Sudan), terus ajer dia berdiri dan terus memarahi aku bertalu2 dan bertanya kenapa aku bypass dia. Maka darah pahlawan aku pun mula naik dengan sendirinya. Apahal pulak mamat ni marah aku tak tentu pasal. Selama ni aku deal dengan dia ,tp dia cakap next week,next week, tomorrow dan mcm2 lagi alasan. Aku pun tunjuk skill aku. Dia tinggi suara, aku lagi tinggi kan suara aku yg dah memang tinggi. Aku dah tak fikir apa2 lagi. Kalau kena buang kerja,bukan aku sorang. Dia pun kena buang juga. Anak melayu pantang dicabar tau (sebenarnya takut juga). Walaupun berani2 takut,aku tunjukkan muka aku macam berani ajer... Tapi ayat yang terngiang2 di telinga aku ialah "I don't care,u r Malaysian or not". Mesti mamat local tu dah lobi nama aku dari malaysia. Akhirnya dia suruh aku datang keesokkan harinya




Maka esoknya aku datang, dan terus ajer diberi kunci rumah dan aku sudah mula mengangkut barang aku dari Caravan ke rumah baru. Tarikh akhir di Caravan Camp ialah 3 November ni. Insyallah family aku akan ke sini selepas aku balik cuti pada Idul adha yg akan datang. Urusan visa dan tiket kapalterang adalah langkah aku selanjutnya. Minta dipermudahkan,Insyallah...

Free Counters



Free Counters


Friday, October 2, 2009

Cerita Dari Ruwais

Ammar(kiri) menyambut birthday dengan sepupunya,Syafiq
Beraya sakan....

Macam menanti buah tak gugur









Salam,



Holiday mood masih lagi menebal dalam hati ni,walaupun sudah seminggu berada di Ruwais. Kepala otak masih berada di Malaysia,beraya bersama anak isteri. Masih lagi tengah tuning kepala sepertimana macam mula2 datang dulu. Maklumlah bercuti bersama anakisteri selama lebih kurang 3 minggu.



Mengikut perancangan awal aku sudah boleh membawa family aku ke UAE tetapi kunci rumah masih belum aku terima lagi dek kerana pak arab yang incharge bahagian rumah tu makan gaji buta agaknyer. Sebelum puasa lagi aku sudah memohon kunci rumah tu tapi jawapannya ialah "you come next week". Masuk semalam sudah empat kali ungkapan"you come next week" diucapkan oleh pak arab nih apabila aku datang berjumpa dengannya. Mcm2 alasan diberikan apabila aku bertanya mengenai rumah. Isteri dia bersalin la, pemaju perumahan tu belum bg kunci la, staff masih cuti raya la, nenek dia nak kawin lg la, dan mcm2 lg. Kalau ikutkan hati aku nak aja aku berikan tapak kasut aku kat dahi dia tu.. tapi SABAR...SABAR.... Terpaksalah aku membuat planning lain iaitu mungkin membawa family aku ke sini pada Eidul Adha yang akan datang ini.



Sebenarnya ingatan aku jua kuat kepada sahabat,rakan dan teman aku,Allahyarham JMD. Aku berharap sangat keluarganya tabah menghadapi semua ketentuanNya ini. Dan Allahyarham tidak keseorangan semasa penghujung hayatnya hingga ke liang lahad. Rakan sentiasa bersama menguruskan jenazahnya hingga ke kampung halamannya,Chemplak Barat. Yang membuat aku terharu ialah ramai rakan2 sanggup datang untuk sembahyangkan jenazah di Masjid Jamik Pasir Gudang walaupun jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Hebat sungguh hati kalian...



Sempat juga menyambut hari lahir anak bongsu aku ,Muhammad Ammar Danish yang ke-4 yang jatuhnya bersamaan dengan satu syawal yang lepas. Gembira sungguh dia.



Kepada rakan2 yang tidak sempat aku ketemu tempohari,insyallah kita akan bertemu di lain kali. Tahniah juga kpd rakan2 Titan yg sudah naik pangkat dan naik gaji tu.. murah rezeki korang. Jgn lupa bersedekah...Tahniah juga kepada boss merangkap sahabat aku,Nain yang akan menyambut menantu pada Oktober ni... Muda2 dah nak terima menantu...murah rezeki .







sekian buat entry kali ini





Free Counters



Free Counters