Monday, March 23, 2009

Langgar tak boleh lari

Salam
Lama tak update blog nih..
Selepas incident langgar tak boleh lari tempohari, empunya blog berehat seketika untuk menghilangkan badi...
Cerita sikit pasal kemalangan tersebut yang menyebabkan mangsa patah pinggang dan yang melanggar mendapat kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Pagi yang gelap dan dingin, ditambah kepala teringatkan VSS, dan bermacam2 khayalan yang bermain di ingatan, tiba-tiba lembaga hitam melintas di hadapan aku. Belum sempat aku berfikir gerangan apakah lembaga tersebut, tiba-tiba badan aku menggelongsor di atas jalan raya macam macam pelumba motor GP pulak jadiknya. Selepas itu barulah aku sedar bahawa aku telah melanggar seekor anjing hitam. Patah pinggang anjing tu aku kerjakan. Dengan pedih akibat luka, aku mencapai handphone mahal aku,terus telefon ambulance Titan untuk menghantar aku ke Penawar. Tidor di hospital satu malam.
Makhluk yang aku langgar tu, patah pinggang dan hanya terduduk di tepi jalan (Dah patah pinggang mcmana nak jalan) hingga ke petang. Tapi yang menghairankan dan menjadi misteri nusantara ialah anjing tu terus boleh jalan selepas pukul 5 ptg kerana ramai pekerja kilang tamat bekerja dan lalu-lalang di kawasan tersebut termasuklah pekerja vietnam. Lu pikirla sendiri...
Moral of the story : Kalau pinggang tak kuat jangan melintas ketika waktu puncak. Siapa yang susah, aku...jugak
Free Counters



Free Counters