Salam,
Semalam 9/6/08 pihak pengurusan Titan menyatakan bahawa shift 12 jam akan dikuatkuasa pada 1 julai yang akan datang. Ini adalah kejayaan bersama bagi pekerja shift di Titan yang mana perjuangan ini untuk menuntut kembali shift 12 jam ini bermula sejak dari 1/7/03(tarikh dimna shift 8 jam diperkenalkan).
Bermacam-macam cara dibuat untuk meyakinkan majikan supaya 12jam ini dikembalikan tapi hasilnya hampeh.....Dari rujukan di internet hinggalah ke survey dari pekerja telah dibentangkan tapi hasilnya masih sama. Pantang ada saluran yang dirasakan sesuai pasti bebudak shift ini akan meluahkan rasa ketidakpuas hati mereka,sehinggakan makcik pantry yang tak tahu apa2 pun,menjadi bahan tempat mereka meluahkan isi hati masing2. Ada juga pekrja shift yang dikenakan surat tunjuk sebab dek kerana mempersolkan polisi majikan. Aku salah seorang daripadanya. Sehinggalah aku dilantik sebagai anggota JCC (Joint Consultative Committee),masih lagi memperjuangkan shift keramat ini. Bila keluar meeting,bebudak akan tanya" bila dapat 12 jam?". Adeh.. soalan yang sama setiap kali meeting hinggakan aku attend meeting untuk sport committee mereka ajukan soalan yang sama.
Bermacam2 alasan yang diberi oleh management antara alasan yang paling sinonim adalah
bebudak shift menyalahgunakan off day untuk buat part time dan bila datang kerja mereka letih lalu tertidur di tempat kerja. Apabila dijalankan 8 jam , ada juga rakan aku yang kena buang sbb tidur. So shift bukanlah penyebab bebudak tidur.
Semalam apabila management membuat pengumuman 12 jam akan dikembalikan maka semua yang berjuang sejak dari dulu lagi dengan megahnya bahawa ini adalah disebabkan daya usaha mereka. Ada juga menyatakan bahawa ini adalah disebabkan perjumpaan YPC dengan datuk James Chao di Tg Puteri. Di sini pun ada orang yang menyatakan bahawa dialah yang suruh YPC cakap dengan james Chao supaya shift 12jam dikembalikan. Tidakkah kita terfikir,mungkin ada insan yang bemunajat kepada Allah meminta semua ini terjadi. Kenapa kita masih menyatakan YPC yang bertanggungjawab keatas kejayaan ini. Mungkin doa kita selama ini telah Allah makbulkan,Alhamdullillah.
Walau apa pun ini adalah disebabkan faktor rakan2 yang pergi meninggalkan kita. Disebabkan gelombang ini maka James Chao mungkin telah berubah hati dengan izin Allah. Mereka yang pergi mungkin tak dapat rasa 12 jam di Titan tapi dapat rasa 12 jam di tempat lain. Tapi yang merasa nikmatnya adalah mereka yang tinggal dan masih setia bersama titan.
Semuga dengan banyaknya rehat kita maka peluang untuk kita beribadat dengan Allah akan bertambah. Jika dulu hendak sembahyang berjemaah kat masjid mungkin payah dengan alasan kerja malam, tapi sekarang kita ada masa yang lebih mencukupi. Dapatlah kita meramaikan dan memakmur rumah Allah,Insyallah.
Bolehlah kita menyusun semula program kehidupan dan menitikberatkan soal akhirat. Semuga kehidupan kita di berkati. Janganlah bertangguh dalam mengerjakan amal. Kita sudah tiada alasan lagi dalam menjalankan tanggungjawab sebagai insan.
Cerita bab amalan,aku nak berkongsi citer dengan pembaca blog aku ni, bukan apa sebagai renungan dan pengajaran kepada kita yang yang lemah ini. Aku ada mendapat email dari staff di Titan menyatakan bahawa program Bersamamu Cendana yang aku jalankan bersama rakan2 di O&A menyusahkan dan membebankan staff di Titan. Walaupun email tersebut tidak melambangkan kesemua staff di Titan tetapi pengajaran yang dapat aku terima di sini adalah tidak kesemua kerja amal yang kita kerjakan disukai oleh semua orang. Padahal tujuan aku menghebahkan keadaan orang miskin diTaman Cendana untuk memberitahu tentang adanya insan yang memerlukan bantuan,tidak lebih dari itu. Kerana pada aku Allah itu Maha adil. Dia menjadikan orang kaya untuk orang susah mendapatkan bantuan dan menjadikan orang susah adalah untuk orang kaya mendapatkan pahala dan keredhaanNya. Begitulah kehidupan......
Akhir sekali aku nak minta diri dulu kalau ada isu aku akan menulis lagi.......
Kalau ada apa2 komen dipersilakan
Free Counters
Tuesday, June 10, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)