24/4/09- Pukul 1840 hrs maka terbang lah aku ke Kuala Lumpur untuk menaiki pesawat Etihad Airways ke Abu Dhabi bersama Rashdan(pd mulanya tarik tali). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam dan sampai ke Abu Dhabi airpot pukul 1230 tgh malam waktu tempatan. Alhamdulillah semua dipermudahkan olehNya. Setiba di airpot ,aku dijemput oleh ejen dan membawa kami membuat imbasan mata oleh Jabatan imegresen dan seterusnya membawa kami melalui lorong VIP untuk membuat pemeriksaan pasport. Seterusnya dia membawa kami ke transpot department untuk di hantar ke hotel Al Maha Arjaan bertaraf 4 bintang di Abu dhabi. Urusan check in juga mudah kerana Borouge telah buat reservation terlebih dahulu. Dan kamiakan bermalam di hotel tersebut selama 13 hari sebelum urusan untuk ke Ruwais disiapkan oleh majikan. Insyallah
Terima kasih kepada ibu dan ayah aku yang telah menghantar aku ke Senai Airpot, maklumlah tidak pernah berpisah lama sejak dari lahir lagi dan aku faham situasi mereka. Juga kepada mak long aku.
Terima kasih kepada isteri aku yang banyak berkorban dan menjadi pengganti aku semasa ketiadaan aku disini. Banyak memberi perangsang kepada aku untuk terus kehadapan dan semuga ianya dirahmati,anak2 aku Izzul,Aiman,Sarah dan peminat setia Ultraman, Ammar.
Kepada adik beradik,terutama Bob yang akan menggantikan aku sebagai anak lelaki yang paling tua dalam keluarga.
T/kasih juga kepada rakan sekerja Titan terutama dari Shift A, yang diketui oleh ketua PAS nusa Damai,Nizam. Juga kepada Ujang,Kang Jaiman,Kitol,Abang Khai(walau pun pinggang dah 2nd hand pun masih boleh datang)Anuar,Amin,Zuraimi,Zulfadli dan ramai lagi. Gambar blum sempat nak upload sbb penat sgt la.
Ok. adios... dulu
Bahrin
4.30 pagi
Free Counters
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Rin,
Kirim salam aku kat Ras& & Jatt (geng OPTIMAL mai dari Kedah). Dan jugak semua geng2 OPTIMAL yg dah ke sana (Ali, KRU, Isa, Hafizot & BTX)& geng EMSB ( Fendi & Zabidi). Semoga sukses!!!
anuarji..
salam...
Alhamdulillah dah selamat sampai...urusan transit pun lancar...teringat aku masa Lobo first time sampai kat Sudan, Finland,KSA...macam2 ujian.
FYI...suasana shift A hambar...
Ketua sorak team A
Post a Comment