Salam,
Oleh kerana tak de kerja lagi,so, bolehlah update selalu blog aku nih.
Semalam rakan2 yang telah sampai ke Ruwais pada 28 March yang lalu telah datang ke hotel kami dan membelanja kami nasik beryani India di Restoran India. Rakan2 dari optimal itu datang sejauh 240km dari Ruwais semata2 ingin berjumpa kami di Abu Dhabi ini. Terima kasih pada mereka....
Pagi semalam, hari pertama di Kota Abu Dhabi ini,tercari2 dimana hendak sarapan pagi. Maka masuklah ke restoran pak arab ni. Tempatnya tak grand sangat pun. Aku dan Rashdan orderlah roti john campur daging ayam dan daging kambing+ telur dadar dan sedikit sayur. Bila dah habis makan dan terkezut beruk kami apabila jumlahnya adalah Dirham41.00. Perghhh... rasa macam nak luahkan aje roti john tu... tapi tak apalah.....dah rezeki tokey kedai tu. Standard aku adalah macam makan kat pasar malam aje...
Cuaca kat Abu Dhabi sekarang ni adalah peralihan antara sejuk ke musim panas. Panasnya tak teruk sangat cuma macam kena microwave oven aje.....temperature lebih kurang 32DegC dan mempunyai kadar kelembapan tinggi. Bandarnya pulak tersusun rapi dan pemandu kat sini sopan2 belaka macam kat Pasir Gudang jugak. Lambat sikit horn pasti berbunyi..
Penduduknya ramah dan suka menegur orang luar dan suka bercerita jika mengetahui kita orang Malaysia..
No comments:
Post a Comment