Monday, May 26, 2008











Salam




Lama tak menulis ni. Kali ni aku nak citer pasal antara bandar satelit yang terdapat kat Malaysia ni iaitu Kongkong Laut,kampumg aku la tu. Mengikut sejarah kampung ni dibuka oleh pahlawan dari sulawesi yang mencari pengaruhh kat Nusantara. Apabila perkampungan ini di buka oleh satria-satria maka mereka semua bermesyuarat untuk memberi nama kampung tersebut. Menurut datuk aku, ketika dalam mesyuarat tersebut maka terdengar suara seekor burung yang besar(burung tersebut telah lama pupus) berbunyi kong-kong ,kong-kong. Maka satria tersebut bermuafakat untuk memberi nama kampung tersebut sebagai kongkong laut. Untuk pengetahuan pembaca ,antara satria yang membuka kampung tersebut adalah moyang aku.




Kampung tersebut sekarang mempunyai lebihkurang 45 orang keluarga. Dahulunya perhubungan utama kampung tersebut adalah jalan laut dan majoriti penduduk kampung tersebut adalah nelayan. Pada tahun 70an kampung aku menjadi laluan utama untuk ke Singapura. Macam tambak Johor kononnya. Kampung aku juga menjadi tempat perhubungan antara penduduk kota tinggi untuk ke Johor Bahru. Kira waktu itu kampung aku menjadi transit area kiranya. Pada pertengahan 80an kerajaan telah membina jeti kawasan Desaru untuk pelancong Singapura mendarat dan kampung aku telah terhakis kepopularannya. Sehinggalah pada tahun 2003 kerajaan telah mencadangkan akan membuat jabatan menghubungkan Johor Lama di Kota Tinggi melalui kampung aku. Maka kampung aku menjadi meriah kembali seperti 20 tahun dahulu,




Sekarang kampung aku meriah dari pagi sampai malam.Tapi janganlah pembaca membandingkan dengan Bukit Bintang pulak. Masih mengekalkan ciri ketimuran. Penduduk hidup dalam aman damai. Permuafakatan menjadi agenda utama. Pembaca juga boleh menikmati angin petang dengan selamat tanpa gangguan dari anasir yang kurang sihat. Boleh pekena ABC,teh tarik dan macam2 lagi makanan kampung.

Free Counters



Free Counters


1 comment:

j.MD said...

Salam. Memang betul cerita Bahrin ni. Dulu masa aku kecik2, kalau nak balik Pengerang, kenalah lalu kampung Bahrin ni... Kong-kong ke Tanjung Pengelih lebih kurang RM2 je tambang botnya. Tapi sekarang Tj Pengelih dah canggih beb. Bot ke Singapura masih beroperasi.

Lagi satu nak tambah.. Hong Kong tu asalnya kembar Kong Kong ler kalau korang nak tahu!!! kan kan