Saturday, May 10, 2008

Beras

Salam,
Semalam di TV3 menyatakan harga beras naik lagi. Surirumah,peniaga,mak bapak pengantin,dan ramai lagi mengeluh. Petani pulak mengeluh kerana harga padi tak naik pun. Mana yang silap tak tahu pulak. Dato' Shahrir yang dulu berkokok dah tak berbunyi lagi. Nak lepaskan punggung terpaksalah cakap Bernas yang control harga. Moral dari cerita ini adalah, kita boleh complaint orang , tapi kalau kena batang hidung kita ,tutup mulut aje.
Apa yang aku nak cerita kat sini adalah ,kenapa kita masih menyalahkan orang lain aje. Kenapa kita tak mahu relatekan isu yang terjadi ini dengan ujian Allah. Bukan maksudaku kita nak biarkan harga barang naik. Tapi yang menjadi masalah ialah kita masih lagi lupa untuk bermuhasabah diri. Kita masih lagi angkuh seolah-olah semua ini adalah kerana salah org itu,salah orang ini. Kenapa kita masih lagi malas nak fikir hukum ujian allah. Kita merungut barang naik,beras naik, minyak masak kehabisan stok,gula habis dan macam lagi. Adakah kita terfikir ada saudara kita yang tak makan langsung. Kalau makan pun atas ikhsan orang lain. Nak beli pakaian dah tak terfikir lagi. Kalau dapat makan pun dah cukup baik. Nabi kita tak pernah merasa kenyang selama 3 hari berturut-turut tapi kenapa kita pula tak pernah merasa lapar selama bertahun-tahun lamanya. Puasa kita pun kita boleh kenyang lagi iaitu ketika berbuka. Cuba kita fikirkanlah.
Kita masih malas lagi nak bersedekah,menderma dan kalau pergi masjid pada hari Jumaat kita hanya menyumbangkan sekadar yang kita mampu. Berapa yang kita sumbangkan untuk jalan lain,karaoke,makan dll. Bukan maksud aku kita kena sumbangkan semua harta kita, sebab iman kita bukan macam Abu Bakar R.A. Tapi kita kena fikir atas kesusahan orang lain.
Fikir-fikirkanlah

No comments: