Thursday, November 13, 2008


6 Nov 1969 - Maka lahirlah aku di bumi Allah ini yang mana usia diberi pinjam olehNya. Taktahu bila akan tamat tempoh. Diam tak diam dah 39 tahun aku di dunia ini(kiraan Masihi) . Dulu ketika aku berusia 20-an, dan berjumpa dengan orang berusia 40 tahun maka hati kecil akan berdetik "dah tua orang ni". Tapi sekarang aku sendiri yang berusia awal 40 masih tak terasa apa-apa lagi. Ini yang merisaukan aku.Bukan apa cuma takut tak sempat taubat sebelum bertemu Allah. Azam tahun ni nak jadi hamba yang bertambah ilmu dan menafaatkan ilmu untuk beribadat kepada Nya. Pada aku ilmu adalah sgt penting. Apabila ada ilmu barulah ibadat sempurna.

Sambutan hari lahir aku disambut secara besar-besaran(bagi aku) oleh anak isteri yang tersayang. Apabila balik dari masjid selepas solat Isyak aku disambut dengan hidangan pembuka selera iaitu ayam golek aje... dan kek hari jadik yang aku sendiri tak tahu bila nyah mereka prepare untuk aku. Siap dengan tiupan lilin yang disediakan oleh anak2 aku. Yang aku tak sangka ialah adanya hadiah harijadi dari isteri tercinta dan anak2 tersayang. Hadiahnya walau tak semahal mana tapi bagi aku ianya sangat berharga kerana mereka menghargai aku menjadi suami dan bapa yang tidak mithali sangatlah...Tempatnya adalah di atas lantai aje bukan apa cuma ajar mereka jadik zuhud (pehhhhhh...)

No comments: