Lama tak update blog. Tak de citer yang menarik yang nak dikongsi. Tiada peristiwa yang yang boleh diupdate kan. Semuanya sama aje... yang berbeza ialah sekarang aku berada di shift C. Kena jual borong. Meninggalkan Team A yang aku jadi penghuninya sejak 1996 lagi. Waktu itu Meor jadik SS aku dan Omar Majid jadik AS. Meor ada lagi macam aku jugak tapi si Omar aku tak tahu kat mana. Bak org kata patah tak tumbuh lagi....
Team baru aku ni pelik sikit. Kebanyakkannya adalah warga emas dan topik perbincangannya adalah............jeng........jeng........jeng.BOJO LORO. Maklumlah warga emas tak de tajuk lain nak citer. Kalau citer pasal Tsunami pun akhirnya akan berakhir dengan topik kawin dua. Masuk kandang kambing terpaksa juga mengembik.. Itu belum masuk bab TPE yang warganya boleh tahan jugak emasnya...jahanam aku dibuatnya. Sabar aja lah. Nak gi arab hati tak kering lagi...
Rakan karib pulak ramai dah berhijrah ke arab. Aku tak tahu lagi bila.... Pada 13 August jais telah terbang ke bumi anbia. Abislah Nua Amaji kena potong jari. Pada mulanya mcm tak jadik tapi akhirnya dipermudahkan ke sana oleh Nya. Alhamdullillah. Semuga dia berjaya mencapai matlamatnya, Insyallah. Sbb dia kata kalau dapat kat lain selain arab Saudi dia takkan pergi, so kita tahulah matlamatnya..... semuga selepas ni ramai lagi yang follow termasuk aku, Sahir,Jawa dan ramai lagi. Pawi dah tunggu kat sana tu..,Sahir.
Itulah Jais yang aku kenal sejak dulu lagi,sejak zaman jahilliah lagi. Tapi sekarang.... Alhamdulillah. Susah senang bersama. Semuga dia berjaya. Yang patah tak akan tumbuh lagi....
No comments:
Post a Comment