Wednesday, May 27, 2009

salam
Lama jugak tak update blog ni. Komputer rosak pulak. Macam tau2 pulak... VGA problem. Hantar ke Abu Dhabi untuk dibaiki. Terbang jugak aed500. Apa nak buat sudah tiada pilihan. Buat sementara pinjam komputer Rasdan dan Ali Sosi Optimal untuk skype ngan orang rumah dan anak2.

Sekarang masih lagi di Training Room. Belajar lagi macam budak sekolah. Aku di assign kan di cold section (Termasuklah C2 reactor,CG drier, methanizer,deethanizer,Depropanizer,debutanizer,c2 splitter,C3 splitter,C2 ref,C3ref, dan byk lagi). Pening jugak kepala nak layan benda2 baru nih. Lebih2 lagi aku yg paling junior kat cold section. Kebanyakkan dari cold section dah joint borouge setahun yang lalu. So diorg dah jauh kehadapan.Lebih2 lg melayan kerenah sapi2 kat sini. Pengalaman diorg dahsyat2 belaka. Kalau ditanya pengalaman mereka,jawapan mereka akan berubah mengikut keadaan. Jika aku yang tanya maka pengalaman cuma 9 tahun aje tapi kalau manager yang tanya maka pengalaman mereka akan menjadi 15 tahun. Pergggh tak agak2 nak kencing...Waktu discussion pasal SOP macam nak bertumbuk, semua org nak bercakap, maka aku teringatlah Shanbarg kat Titan dulu.

Balik kerja kul 4.30 ptg lepas tu layan skype dengan keluarga dan dinner di reaction Center (RC) dengan Rasdan. Di RC makanan dia lebih kurang macam Tg Puteri Resort. Buffet style. Untuk staff Borouge yang tinggal di CaravanCam macam aku ni, tiada bayaran dikenakan so makanlah semahunya kalau larat. Kalau Azahari(Gmok) datang pasti untung perutnya.
Balik kul 9 mlm ,layan internet sekejap terus tido sbb subuh kat sini pukul 4.40pg.
Di Caravan Camp, memanglah boring sbb tak de activiti selain tido,makan,tido lg, .Lebih2 lagi budak2 Optimal (Nizam,botak,ali,isa dan Hafis) semuanya sedang bercuti di Malaysia. So tinggalkan aku ngan Rasdan dua batang kara.

Semalam(25/6), pertandingan bolasepak interdepartment bermula. So aku mewakili EU(Ethelene Unit). Perlawanan bermula kul 9 malam. Aku adalah satu2nya orang asia dalam team. So bahasa pengantarnya adalah bahasa arab. Maka peninglah kepala aku nak layan bahasa arab nih. Sbb dulu subjek bahasa arab aku dapat cukup2 makan aje waktu di sekolah. Yang aku tahu adalah JUM JUMATUN KADIR maksudnya tengkorak Kadir. Punyalah laju diorg main. Patutlah Malaysia tak pernah menang piala Asia. Punyalah serius diorang main macam nak rebut piala dunia pulak. Itupun team aku kena belasah 1-4 dengan PE plant.


Free Counters



Free Counters




Friday, May 8, 2009

Cabaran Bermula.

Salam,
Setelah hampir 10 hari bermalam di hotel bertaraf 4 bintang (Al Maha Arjaan Rotana) yang mengambil kos kira AED750 semalam (Itu pun setelah diskaun 70% korporat rate), maka tibalah masanya kami dipindahkan ke Ruwais. Pekan ini terletak kira2 240km dari Abu Dhabi. Dengan menaiki bas majikan,maka kami berangkat ke Ruwais pukul 4ptg dan sampai di Ruwais pukul 6.30ptg.

Di sini kami di tempatkan di penempatan sementara kerana rumah untuk staff Borouge 2 dijangka siap pada september nanti. Di rumah ini yang di gelar Caravan Camp terletak kira2 5 minit perjalanan dari pekan Ruwais. Dekelilingi padang pasir. Disediakan satu bilik untuk seorang dan setiap bilik mempunyai TV,peti sejuk,bilik air dan katil bujang. Perkhidmatan lain ialah makan percuma sepanjang tinggal di sini (3X sehari), dobi percuma (cuma letakkan baju kotor di luar pintu bilik dan pekerja mereka akan datang mencucinya),dan perkhidmatan mengemas bilik.

Keesokan harinya aku telah melaporkan diri di pejabat Borouge di Ruwais. Bas disediakan ke tempat kerja. Untuk ke tempat kerja, terpaksa melalui pos tentera dan polis. Di sini, sebarang peralatan yang berkaitan dengan kamera tidak dibenarkan masuk. Jika ditangkap kerana membawa handphone,kamera kita akan dijel dan dihantar balik. So gambar di tempat kerja tak dapatlah di rakamkan untuk tatapan.

Buat masa ini aku masih lagi kerja normal. Masih menjalani safety orientasi sehingga minggu depan. Waktu kerja bermula jam 0800 pagi dan berakhir 0430 ptg. Jumaat dan sabtu adalah hari cuti. Dan yang bestnya dapat cuti hari khamis pada setiap 2 minggu (Alternate thursday).

Hari kedua, dapatlah uniform dan PPE. (berjenama nomex dan red wing).
Mengenai plant, aku tak dapat clear picture sbb belum joint training room lagi. Mungkin minggu depan bolehlah aku update perkara yang perlu mengenai plant tapi apa yang diberitahu oleh plant trainer menyatakan bahawa Borouge akan produce Ethlene sebanyak 1440 kta.
Yang menariknya di sini, semua staf tak kira pangkat akan tegur-menegur antara satu sama lain. Tak kiralah manager ke,VP ke,Senior manager ke. Sebab di sini kebanyakkan adalah org luar UAE (Batch aku adalah orang malaysia pertama dari 34 negara yang telah bekerja di Borouge). Mereka akan memberi salam kepada kita sebelum sempat kita memberi salam kepada mereka.

Kehidupan di sini sedikit bosan sbb tak de lah aktiviti mengeteh ke, tengok TV layar ke, sbb kebanyakkan yang berkerja di Borouge 1 duduk bersama family kat rumah. Untuk pekerja Borouge 2 ,perumahan mereka akan siap hujung tahun ni. So aku pun dah apply utk perumahan borouge 2 untuk keluarga aku nanti,Insyallah. Aktivity hanyalah skype dgn anak bini dan selebihnya pergi ke bilik rakan2 untuk berceloteh. Alhamdulillah dapat bantuan dari Ali Optimal untuk menggunakan wifi dia. Dapatlah lepaskan rindu kpd anak bini. (kerana line internet hanya boleh di akses setelah dapat residence visa saja).



Free Counters



Free Counters



Sunday, May 3, 2009

Jumaat pertama di Teluk

Salam,
Bersembahyang jumaat di masjid yang ketiga besar di dunia. Mempunyai kapasiti 40 ribu orang ini dirasmikan pada Ramadhan 2007 yang lalu. Dinamakan sempena nama pengasas dan presiden pertama UAE,Sheikh Zayed AlNahyan. Mempunyai karpet yang terbentang luas dan terbesar di dunia iaitu 5627 meter persegi dan menggunakan 35 tan kapas dan 12 tan benang. Dan mempunyai 82 kubah dengan 7 saiz. Menelan belanja sekitar 2 billion dirham untuk disiapkan.